Tuesday, April 29, 2008

The Analyst

Masalah betul bila hidup dalam alam impian.Wakakakakaka! Baru – baru ni aku tengok citer Sum Of All Fear dalam tv. Sememangnya karakter Dr. Jack Ryan memang menjadi kerjaya impian aku. Aku dah lama berangan nak jadi analyst bagi agensi perisikan dan pada masa yang sama sekali sekala menjalankan covert ops. Hehehehehehe!
Sejak aku kenal tulisan Tom Clancy aku dah baca banyak jugak buku dia, termasuk siri Ops Center dan Rainbow Six. Aku sememangnya dilahirkan untuk dunia espionage dan ketenteraan. Tapi mungkin rezeki aku belum sampai lagi.
Aku kene berusaha dengan lebih gigih lagi untuk buat dan siapkan Master dan Ph.D aku. Mungkin lepas tu baru aku ada peluang.
Aku dah makin malas nak buat keje aku sekarang. Banyak masa aku kat opis dihabiskan dengan membaca paper dan jurnal berkaitan national security dan international politics. Hmmmmmmmmm!

Sunday, April 6, 2008

Hari Isnin Yang Mandom

Alahai susahnya nak cari idea nak menulis dalam blog ni. Kalau aku tulis cerita blue senang sikit. Banyak input aku sekarang ni. Hari ini aku sekali lagi kene bagi taklimat kepada sekumpulan budak2 baru yang masuk kerja tentang tugas dan peranan unit aku. Bukannya ada apa yang diceritakan pun. Aku cuba buat time check dan aku dapati aku Cuma last for half an hour. Memang short and sharp punya taklimat. Arrrgghhh gasaklah janji aku bagi taklimat. Lagipun sememangnya unit aku pun bukan banyak sangat kerja pun.