Wednesday, December 19, 2007

Intelligence

Saja nak menmabhkan lagi entry aku dalam blog ni. Minggu ni aku sibuk browsing satu laman web yang menyediakan macam2 jenis bahan bacaan berkenaan perisikan. Kebanyakan bahan tersebut merupakan manual tentera yang agak lama tapi knowledge yang dimiliki boleh dikatakan masih releven dan amat sesuai dengan kehendak aku. Aku takkan masukkan address laman web tu kat cni. Hehehehehehehe! Kira ni rahsia aku buat sementara waktu.

Laporan Tempur

Aku hari ni banyak pulak keje. Ni semua pasal nak pergi strategik meeting punya pasal lah ni. Aku kene buat prosedur kerja dan macam2 lagi tapi tak sangka pulak aku boleh habiskan dalam satu hari. Mungkin kualiti tak seberapa mana, tapi at least ada jugak something aku nak tunjukkan. Dah lah aku buat dari scratch. Langsung takde apa aku buat dan develop sendiri. Walaupun mungkin tak sempurna tapi aku amat berpuas hati.
Ni balik ni nak terus balik kampung. Aku akan bercuti sampai Krismas. Lepas tu on Christmas kene pergi PD pulak. Aku kene prepare barang – barang aku cukup sampai settle semua retreat dan macam2 program hujung tahun yang tak berguna ni.

Monday, December 17, 2007

Laporan Tempur

Sepatutnya hari ni ada mesyuarat yang aku patut uruskan tapi disebabkan aku malas nak mampus (biasalah it’s the holidays season) aku pun buat derk n bagitau bos aku yang benda tu tak sempat nak buat. Mampuslah nak kene pun kenelah. Apa nak buat sudah nasib badan hehehehehehe!
Bulan ni aku rasa memang sibuk dengan macam2 program. Mcm tadi aku dah maklum bahawa aku ada kursus dan baru balik. Ni 25 haribulan ada lagi meeting kat PD. Lepas tu ada pulak team building program kat Genting. Asyik berjalan jer keje aku bosan jugak. Aku ni sebenarnya bukan suka berjalan sangat pun walaupun claim dapat banyak. Pasal duit nak keluar pun banyak jugak. Masa aku kat HQ, kebanyakan outstation aku kat area KL jer. Jadi aku claim adalah dapat dalam 2 3 ratus je tapi modal tak sampai seratus. Hehehehehehe!Sekarang ni aku kene buat perancangan strategik bagi public relations and promotions Company terutama bagi branch aku. Malas betul!!

Sunday, December 16, 2007

Laporan Tempur

Aku malas betul nak kerja arini. Dahlah baru balik kursus. Hehehehehehe! Ni macam mana nak jadi pegawai yang berkeupayaan tinggi dalam Company ni.
Aku belajar banyak benda semasa kursus aritu. Sama ada yang berkaitan dengan kerja atau yang berkaitan dengan personal life. Aku berharap apa yang telah aku belajar akan boleh digunakan pada masa akan datang.
Bini aku hilang phone so lepas balik dari kursus aku bawak bini aku pergi beli phone baru. Cadangnya aku beli phone murah untuk dijadikan phone spare dan wife aku pakai phone tu sementara gaji dia masuk dan beli phone baru. Last2 aku yang beli phone baru untuk diri sendiri dan wife aku guna phone lama. Maknanya phone lama aku lah jadi phone spare. Aku beli phone lama iaitu sebuah flip phone. Aku memang dah lama nak try guna flip phone. Hehehehehe!

Wednesday, December 12, 2007

Laporan Tempur

Entry ni saja jer aku masukkan untuk memenuhkan kuota blog aku ni. Hehehehehe! Sememangnya keje baru aku ni agak memenatkan. Especially bila kene melayan clients yang tak berpuas hati dengan beberapa perkhidmatan. Seperti biasa aku cuba sebaik mungkin untuk melayan clients tetapi kadang2 tu hangin jugak aku.
Esok aku akan pergi kursus selama 3 hari di sebuah tempat yang aku pernah baca dalam buku tapi tak pernah tengok promosi dalam media elektronik yang ada. Aku pun tak tau sangat apa benda yang akan berlaku sepanjang kursus tu. Aku cuma ikut jerlah. Bini aku pulak tak nak ikut coz dia tak dapat cuti. So nampaknya kekeringan lah aku.

Tuesday, December 11, 2007

Laporan Tempur

Semalam ada satu mesyuarat khas bersama CEO Company aku kat HQ. Sebelum pergi ke mesyuarat tu aku dah balik awal masa lunch lagi dan pergi minum dengan bro aku kat area berdekatan. Sememangnya aku merindui teh tarik tempat tu yang pada aku yang terbaik di seluruh kawasan Conglomerate. Lepas minum dan bersembang sambil mengusha awek yang ada kitorang pun proceed ke area pejabat. Kat pejabat lama aku serahkan borang assesment aku kat bos lama dan borang akuan kepada HR. Settle semua urusan biasa aku dan bro aku pun pergilah ke dewan untuk mengadap CEO.
Tujuan utama mesyuarat pada hari itu adalah untuk membincangkan mengenai perkembangan terbaru dari Main HR. Main HR telah mengeluarkan arahan baru bagi perkembangan kerjaya pegawai Conglomerate terutama yang elit. Berdasarkan perkembangan kerjaya yang baru ini, yang dinamakan landasan kerjaya, merit digunakan sebagi kayu ukur dan pada masa yang sama dilihat juga pada pemarkahan pegawai penyelia (bos). Landasan kerjaya ini juga menggariskan 4 jenis pegawai dalam Conglomerate dan landasan yang akan diikuti. Pertama ialah Berpotensi Tinggi, yang akan dilatih dan dikembangkan untuk menjadi CEO dan lain2 jawatan utama dalam Conglomerate. Kedua ialah Pakar, yang akan menjadi para pegawai rujukan dalam Conglomerate dan akan ditempatkan khas dalam satu2 tugasan. Ketiga ialah Berpotensi Baik, secara amnya para pegawai yang sederhana dan masih boleh memperbaiki diri. Para pegawai ini akan mempunyai kerjaya yang terhad tetapi masih boleh naik ke pengurusan tertinggi. Dan akhir sekali ialah Berpotensi Rendah. Para pegawai dalam golongan ini merupakan para pegawai yang tak perform seperti mana yang dikehendaki oleh Main HR dan CEO. Mereka juga mempunyai kerjaya yang terhad dan mungkin tidak akan sampai ke Pengurusan Tertinggi. Beberapa kriteria telah ditetapkan oleh Main HR yang tidak boleh diceritakan disini bagi mengekalkan kerahsiaan.
Aku menyambut baik cadangan baru ini kerana ini akan membolehkan para pegawai yang berkebolehan mencapai taraf yang tinggi dalam masa yang cepat serta mengizinkan para pegawai lain membuat pilihan jenis landasan kerjaya yang diingini. Cuma yang mungkin aku kurang setuju ialah pemarkahan terlalu banyak terletak pada pegawai atasan. Tak dinafikan yang menilai kita adalah bos, tetapi sejauh mana seorang pegawai atasan itu boleh memastikan beliau akan menjalankan kerja beliau dengan penuh objektif. Masih ada masalah pilih kasih akan berlaku.
Aku tau aku cuma seorang pegawai yang biasa dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Aku cuma berharap aku akan mendapat penilaian yang adil dari semua segi. Yang pastinya mana – mana kriteria atau assesment yang memerlukan usaha dari pihak aku akan aku usahakan sehingga mendapat markah tertinggi bagi menjadikan aku seorang pegawai yang kredibel. Pada masa yang sama aku sedang berusaha agar aku akan ditempatkan dikalangan pakar dalam bidang yang aku minati.

Friday, December 7, 2007

Laporan Tempur

Nothing much to write these days. Just trying to build up my patriotic side by listening to army songs. I’ve been attending numerous meetings in this new office. Eventhough quite tiring, it also serves as a training ground for me to really understand the job and the scenario of the industry right now.
I met my old boss during a meeting and we talk about my bro who is covering my work in HQ. Most of it seemed like complaints but the real problems is communication between leaders and subordinate. My ex boss and super boss need to learn the skills to communicate anything that they are not please with to their subordinat. Keeping the matters to themselves will not solve anything. Guess I had to leave it to them.

Wednesday, December 5, 2007

Laporan Tempur

Patriotism is the virtue of the vicious. Mungkin ada benarnya jugak. Kebanyakan orang yang patriotik ni ganas2 kot. Wakakakaka! Aku bolehlah dikategorikan sedemikian. Ni asyik dengar lagu askar dan patriotik lagilah aku menjadi vicious.
Semalam aku call UKM dan dapatkan seberapa banyak maklumat tentang Master program yang aku berminat nak buat tu. Secara amnya kalau aku buat secara part time ok jugak coz taklah mahal sangat fees dia. Cuma dalam RM800 satu semester. Aku akan fikirkan dengan sewajarnya. Aku rasa mungkin aku kene buat Master dengan cepat jika aku nak menjadi seorang yang berkebolehan dalam bidang yang aku minat. Aku juga boleh menggunakan ia sebagai alasan untuk balik ke HQ.

Lirik Lagu Warisan

Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Lagu pengubat luka pasal tak dapat jadik askar

Tuesday, December 4, 2007

Lirik Lagu Darah Satria

DARAH SATRIA

Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langit-Nya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan Negara

* Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah satria
Darah satria

Berkobar di dada

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia

Ulang rangkap *
Darah satria
Darah satria
Darah satria

Kejayaan

Hari ni aku berjaya mencapai salah satu target utama aku. Wahahahahaa! Aku berjaya mendowload lagu Darah Satria. Gila babi aku berusaha mencari lagu tu sepanjang masa ni baru berjumpa. Aku sungguh berbangga. Bersama – sama aku sertakan lirik lagu tersebut sebagai tambahan. Lagu tu tak dapek nak tolong coz aku tak reti nak buat.

Nostalgia

Hari ni seperti biasa aku buat kerja yang tah hape2 ntah. Aku cuma nak merapu jer hari ni. Semalam aku lepak dan sembang dengan bini aku tentang kenapa aku kurang seronok bekerja di tempat baru. Mungkin dalam sesi perbincangan sebelum ini aku tak menerangkan secara terperinci dan jujur tentang kenapa aku tak berminat nak bekerja di tempat baru. Jadi dalam siri ini aku akan cuba mengungkapkan sejujur mungkin kenapa aku tak suka bekerja kat sini.
Aku mula kerja dengan company lebih kurang 3 tahun dulu. Aku terus ditempatkan di Jabatan Pentadbiran Company dan buat kerja2 pentadbiran am yang sememangnya kurang glamor. Pada mulanya aku pun merasakan begitu tetapi setelah sekian lama buat kerja tu aku rasa seronok kerana dalam banyak2 jabatan dalam company, jabatan pentadbiran merupakan yang paling relax. Cuma mungkin dari segi nak berjalan2 dan outstation tu kurang sikit kerana kepentingan tu takde. Tapi bagi aku yang sememangnya suka duduk kat pejabat dan lepak dalam bilik buat kerja sendiri memang sesuailah jabatan ni dengan aku.
Sepanjang aku kat jabatan pentadbiran, kerja aku tertumpu pada kerja2 ad hoc yang boleh diselesaikan dengan segera dan juga membantu kawan2 aku yang mempunyai beban kerja yang lebih dengan meringankan beban mereka. Selebihnya aku menggunakan sumber2 tidak terhad yang ada di pejabat untuk membuat kajian aku berkenaan pelbagai bidang yang aku minat. Disebabkan kerja aku yang virtually takde nilah aku berpeluang mengumpul bermacam jenis ilmu dan kepakaran. Aku juga dapat mencapai objektif peribadi aku yang paling utama iaitu membaca dan menghabiskan sekurang2nya sebuah buku dalam masa seminggu(buku yang tebal tak lebih dari 300 mukasurat). Semasa aku di jabatan pentadbiran lah aku membuat keputusan untuk menyambung Master secara part time. Sayang sekali aku terlambat membuat keputusan. Kalau tidak aku boleh menggunakan alasan itu sebagai sebab utama untuk tidak berpindah.
Aku tau bahawa aku tak patut berfikiran sedemikian. Aku sepatutnya mencari jalan supaya kerja yang aku lakukan memberi impak kepada prestasi Company. Sebab itu aku sepatutnya berusaha untuk masuk ke Core Business Company. Bukannya melepak kat jabatan pentadbiran sehingga aku pencen. Tapi kadang2 keseronokan bekerja lebih penting dari kemajuan kerjaya. Memang tak dinafikan kalau kawan2 aku baca mesti kata aku bodoh, tapi itulah hakikatnya.

Sunday, December 2, 2007

Self Defense

Satu lagi siri akademik yang akan diutarakan disini. Perkara yang akan dibincangkan ini agak sensitif. Ini cuma pendapat peribadi aku dan tak bermakna yang ianya hukum.
Semalam sambil lepak kat umah aku tengok tv CSI Miami. Dalam citer tu ada sorang pompuan kene tembak kerana cuba melawan perompak menggunakan pepper spray. Bini aku kata tindakan pompuan tu bahaya dan tak patut. Aku pulak tak sependapat dengan bini aku. Ini hujahnya.
Aku berpendapat setiap manusia hendaklah mempertahankan haknya. Sama seperti yang dianjurkan dalam Islam, setiap muslim yang terkorban ketika mempertahankan agama, nyawa, harta dan keluarga akan mendapat syahid (syahid level mana tu hanya Allah yang tentukan). Mula2 dulu aku fikirkan kenapa kita mesti mempertahankan diri atau menggadai nyawa untuk hak kita. Lepas aku mendalami sebaik mampu inilah kesimpulan aku. Bila orang cuba buat sesuatu pada kita seperti rompak atau rogol, pertama sekali kita akan takut. Bila kita takut, orang berdekatan akan takut. Bagi penjenayah mereka akan rasa berani dan merasakan bahawa apa yang dilakukan tidak mungkin dihalang oleh orang lain. Jadi mereka akan melakukan jenayah pada kita dan pada orang lain sehinggalah mereka dihalang oleh pihak berkuasa. Cuba bayangkan kalau perkara sebaliknya berlaku. Seorang perogol nak cuba merogol, tetapi mangsa melawan sepenuh daya upaya dan akhirnya terbunuh. Memang kalau fikir secara pendek kita kata rugi kerana akhirnya mati. Tapi bayangkan kesan kepada perogol. Dia tau bahawa tindakan dia akan menyebabkan mangsa melawan habis2an dan mangsa akan sanggup menggunakan kekerasan untuk membunuh dia. Mungkin kali ini mangsa dia mati, tapi mungkin lain kali mangsa yang lebih berani akan berjaya bunuh dia pulak. Dia akan rasa takut kerana tahu mangsa takkan berdiam diri. Dia juga akan takut kerana pelan asal ialah merogol sahaja tak sampai nak membunuh. Tapi bila dah bunuh mangsa dia akan melakukan kesalahan yang lebih besar dari merogol. Sama juga dalam kes rompakan. Kalau kita melawan walaupun berisiko tinggi, kita akan mengajar penjenayah bahawa kita tak takut dan kita bersedia mencederakan mereka kalau mereka mengganggu ketenteraman kita. Boleh dikatakan sama seperti masa sekolah, bila kita kene buli dan kita biarkan, lagi teruk kita kene buli. Tapi sekali kita sepak keting atau kote pembuli masa dia cuba kacau kita, mesti dia akan terfikir 2 3 kali sebelum nak cuba kacau lagi. Some evil feed on fear when we show it. So what we should do is cover our fear and summon the courage to tell evil that we will not bow down to its will.

Laporan Tempur

Tak ku sangka dah lengkap 2 bulan aku kat sini. Dan aku masih tidak menyukainya. Huhuhu!
Pada sabtu lepas aku pergi latihan menembak. Saja seronok2 nak melepas geram dan boleh melepaskan kerinduan kerana lama tak menembak. Aku dapat score yang quite fair dalam 56 markah tak salah aku. Bolehlah kan! Aku pun dapat baju dan vest kerana latihan menembak. Jadilah.
Aku dah pergi berbincang dengan kawan aku kat Conglomerate. Dia handle HR disalah sebuah company lain. Dia maklumkan bahawa dia nak bincang dulu tentang kerja yang aku buat sebelum dia decide untuk buat pertukaran. Aku pun ceritalah tentang kerja aku. Secara amnya dia masih belum buat keputusan tapi firasat aku mengatakan dia mungkin tak berminat coz dia mungkin tak suka kerja2 buat program dan event management ni. Takpelah kalu org taknak nak buat camne. Rezeki akulah nanti kalau dapat tukar. Aku cubalah bertahan seberapa lama yang boleh.