Tuesday, June 3, 2008

Something's Not Right

Setelah sekian lama tak menulis di blog ni, aku tergerak pulak nak menulis sedikit sebanyak perkara yang berlaku sepanjang beberapa minggu ini. baru – baru ini aku di approach oleh seorang awek yang aku dah kenal lama. Aku memang suka sangat dengan awek ni sejak dulu lagi. Dan aku pernah propose kat dia beberapa tahun dulu. Cuma mungkin jodoh takde aku kawin dengan org lain dan dia pun dah kawin dengan org lain. Dia mengaku kat aku bahawa dia masih sayangkan aku. Of course aku pun ada perasaan yang sama. Aku pun tak taulah. Bila difikirkan lagi lama aku duduk kat pejabat ni macam2 benda tak elok boleh berlaku. Walaupun aku bukan lelaki yang baik, aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. tapi kalau godaan macam ini terus datang macam mana agaknya. Ni belum masuk lagi godaan dari faktor2 lain. Niat jahat aku sekarang ialah nak buat hubungan sulit dengan bini org ni. Apalah aku ni. Entahlah.