Sunday, May 4, 2008

Pemalas!!!!!

Another boring Monday. Aku sememangnya telah sampai ke tahap pemalas nak mampus. Semalam aku jumpa sorang member aku yang bekerja di sebuah company lain milik Conglomerate ini. Dia bercerita tentang sorang lagi kawan aku yang bertugas di sebuah jabatan yang menguruskan perniagaan Conglomerate di luar negara. Mamat ni cakap kawan aku tu ambik cuti tanpa gaji kerana nak join wife dia kat belgium. Dan yang paling mengejutkan aku, budak2 kat jabatan ni masih tak naik pangkat lagi. Aku dah lama naik dan merasa gaji baru tapi diorang masih pada gred lama. Kesian pulak aku fikirkan tapi nak buat macam mana. Dah memang kalau masuk department tu memang lambat naikler.
Seterusnya cerita tentang aku pulak. Aku pun makin lama makin pemalas. Dah lah pagi ni aku malas nak bangun pergi keje, ni dah sampai pejabat aku kene rancang dan laksanakan kerja 2 aku. Terutama sekali program latihan yang aku rancang dalam minggu ni. Aku memang seorang yang amat pemalas. Aku dahlah tak minat dengan post baru ni. Aku rindukan zaman aku ketika bertugas di seksyen yang takde keje sebelum ini. walaupun kene kutuk dengan semua orang pun aku tak kisah kerana aku happy. Happy takde keje. Happy kerana aku boleh menggunakan resources yang ada kat pejabat untuk membuat kajian yang takde kaitan dengan Company yang aku keje sekarang. Wahahahahahahahahaha!!!!!!!

No comments: