Setelah sekian lama akhirnya baru aku berkesempatan menulis sesuatu dalam blog ini. Semenjak dua menjak ni aku agak sibuk dengan aktiviti promosi syarikat dalam melariskan produk yang dijual. Tak lama lagi aku akan ditauliahkan semula sebagai leftenan muda setelah sekian lama menanti. Aku berharap aku dapat berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi. Aku tak nafikan masa aku dapat kerja aku yang sekarang ni pun aku berharap sama juga. Lama kelamaan aku menjadi boring dan bosan. Tetapi bila difikirkan semula kerja – kerja yang aku lakukan ada memberi impak positif kepada aku. Assignment aku yang terbaru ialah mengadakan satu program latihan bagi melatih promoter baru bagi syarikat terutama sekali cawangan Kuala Lumpur. Kesemua cawangan di negeri2 lain telah pun memulakan perancangan mereka untuk mengadakan program latihan sedemikian memandangkan promoter dan sales team yang mantap merupakan salah satu tulang belakang bagi syarikat aku ini.
Aku bersembang dengan bro aku berkenaan blogging. Secara amnya bro aku mengatakan bahawa tujuan asal blogging ini ialah untuk melepaskan perasaan serta meletakkan fantasi agar ada tempat yang sesuai dan sihat untuk diluahkan. So aku akan memulakan langkah utnuk meletakkan fantasi aku di dalam blog tak seberapa ini.
Fantasi aku baru – baru ini ialah berkenaan aktiviti yang bakal aku jalankan untuk rejimen aku bila aku telah ditauliahkan semula. Aku berharap aku akan dapat merealisasikan impian aku untuk menjadi askar terlatih yang berkemampuan dan disegani. Maksud aku ialah aku nak memastikan aku menjalani latihan bersesuaian yang telah aku rancang untuk meningkatkan kepakaran aku sebagai seorang askar. Sebelum ini aku bercadang nak pergi kursus berkaitan kenaikan pangkat tetapi bila difikirkan semula kepakaran dalam ilmu ketenteraan adalah jauh lebih penting. Sehubungan dengan itu aku telah merancang untuk menghadiri kursus2 berkaitan kemahiran tempur. Antara yang aku rancang ialah kursus berkaitan marksmanship, tempur tanpa senjata, survival, explosives dan lain2 lagi. Aku telah mencuba untuk ujian para beberapa kali tetapi gagal. Mungkin belum masanya lagi atau mungkin aku tak layak. Jadi aku pursue dulu ilmu dan kemahiran dalam bidang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment