Tuesday, December 4, 2007

Nostalgia

Hari ni seperti biasa aku buat kerja yang tah hape2 ntah. Aku cuma nak merapu jer hari ni. Semalam aku lepak dan sembang dengan bini aku tentang kenapa aku kurang seronok bekerja di tempat baru. Mungkin dalam sesi perbincangan sebelum ini aku tak menerangkan secara terperinci dan jujur tentang kenapa aku tak berminat nak bekerja di tempat baru. Jadi dalam siri ini aku akan cuba mengungkapkan sejujur mungkin kenapa aku tak suka bekerja kat sini.
Aku mula kerja dengan company lebih kurang 3 tahun dulu. Aku terus ditempatkan di Jabatan Pentadbiran Company dan buat kerja2 pentadbiran am yang sememangnya kurang glamor. Pada mulanya aku pun merasakan begitu tetapi setelah sekian lama buat kerja tu aku rasa seronok kerana dalam banyak2 jabatan dalam company, jabatan pentadbiran merupakan yang paling relax. Cuma mungkin dari segi nak berjalan2 dan outstation tu kurang sikit kerana kepentingan tu takde. Tapi bagi aku yang sememangnya suka duduk kat pejabat dan lepak dalam bilik buat kerja sendiri memang sesuailah jabatan ni dengan aku.
Sepanjang aku kat jabatan pentadbiran, kerja aku tertumpu pada kerja2 ad hoc yang boleh diselesaikan dengan segera dan juga membantu kawan2 aku yang mempunyai beban kerja yang lebih dengan meringankan beban mereka. Selebihnya aku menggunakan sumber2 tidak terhad yang ada di pejabat untuk membuat kajian aku berkenaan pelbagai bidang yang aku minat. Disebabkan kerja aku yang virtually takde nilah aku berpeluang mengumpul bermacam jenis ilmu dan kepakaran. Aku juga dapat mencapai objektif peribadi aku yang paling utama iaitu membaca dan menghabiskan sekurang2nya sebuah buku dalam masa seminggu(buku yang tebal tak lebih dari 300 mukasurat). Semasa aku di jabatan pentadbiran lah aku membuat keputusan untuk menyambung Master secara part time. Sayang sekali aku terlambat membuat keputusan. Kalau tidak aku boleh menggunakan alasan itu sebagai sebab utama untuk tidak berpindah.
Aku tau bahawa aku tak patut berfikiran sedemikian. Aku sepatutnya mencari jalan supaya kerja yang aku lakukan memberi impak kepada prestasi Company. Sebab itu aku sepatutnya berusaha untuk masuk ke Core Business Company. Bukannya melepak kat jabatan pentadbiran sehingga aku pencen. Tapi kadang2 keseronokan bekerja lebih penting dari kemajuan kerjaya. Memang tak dinafikan kalau kawan2 aku baca mesti kata aku bodoh, tapi itulah hakikatnya.

No comments: