Tuesday, December 11, 2007

Laporan Tempur

Semalam ada satu mesyuarat khas bersama CEO Company aku kat HQ. Sebelum pergi ke mesyuarat tu aku dah balik awal masa lunch lagi dan pergi minum dengan bro aku kat area berdekatan. Sememangnya aku merindui teh tarik tempat tu yang pada aku yang terbaik di seluruh kawasan Conglomerate. Lepas minum dan bersembang sambil mengusha awek yang ada kitorang pun proceed ke area pejabat. Kat pejabat lama aku serahkan borang assesment aku kat bos lama dan borang akuan kepada HR. Settle semua urusan biasa aku dan bro aku pun pergilah ke dewan untuk mengadap CEO.
Tujuan utama mesyuarat pada hari itu adalah untuk membincangkan mengenai perkembangan terbaru dari Main HR. Main HR telah mengeluarkan arahan baru bagi perkembangan kerjaya pegawai Conglomerate terutama yang elit. Berdasarkan perkembangan kerjaya yang baru ini, yang dinamakan landasan kerjaya, merit digunakan sebagi kayu ukur dan pada masa yang sama dilihat juga pada pemarkahan pegawai penyelia (bos). Landasan kerjaya ini juga menggariskan 4 jenis pegawai dalam Conglomerate dan landasan yang akan diikuti. Pertama ialah Berpotensi Tinggi, yang akan dilatih dan dikembangkan untuk menjadi CEO dan lain2 jawatan utama dalam Conglomerate. Kedua ialah Pakar, yang akan menjadi para pegawai rujukan dalam Conglomerate dan akan ditempatkan khas dalam satu2 tugasan. Ketiga ialah Berpotensi Baik, secara amnya para pegawai yang sederhana dan masih boleh memperbaiki diri. Para pegawai ini akan mempunyai kerjaya yang terhad tetapi masih boleh naik ke pengurusan tertinggi. Dan akhir sekali ialah Berpotensi Rendah. Para pegawai dalam golongan ini merupakan para pegawai yang tak perform seperti mana yang dikehendaki oleh Main HR dan CEO. Mereka juga mempunyai kerjaya yang terhad dan mungkin tidak akan sampai ke Pengurusan Tertinggi. Beberapa kriteria telah ditetapkan oleh Main HR yang tidak boleh diceritakan disini bagi mengekalkan kerahsiaan.
Aku menyambut baik cadangan baru ini kerana ini akan membolehkan para pegawai yang berkebolehan mencapai taraf yang tinggi dalam masa yang cepat serta mengizinkan para pegawai lain membuat pilihan jenis landasan kerjaya yang diingini. Cuma yang mungkin aku kurang setuju ialah pemarkahan terlalu banyak terletak pada pegawai atasan. Tak dinafikan yang menilai kita adalah bos, tetapi sejauh mana seorang pegawai atasan itu boleh memastikan beliau akan menjalankan kerja beliau dengan penuh objektif. Masih ada masalah pilih kasih akan berlaku.
Aku tau aku cuma seorang pegawai yang biasa dan masih banyak yang perlu aku pelajari. Aku cuma berharap aku akan mendapat penilaian yang adil dari semua segi. Yang pastinya mana – mana kriteria atau assesment yang memerlukan usaha dari pihak aku akan aku usahakan sehingga mendapat markah tertinggi bagi menjadikan aku seorang pegawai yang kredibel. Pada masa yang sama aku sedang berusaha agar aku akan ditempatkan dikalangan pakar dalam bidang yang aku minati.

No comments: