Sunday, December 2, 2007

Self Defense

Satu lagi siri akademik yang akan diutarakan disini. Perkara yang akan dibincangkan ini agak sensitif. Ini cuma pendapat peribadi aku dan tak bermakna yang ianya hukum.
Semalam sambil lepak kat umah aku tengok tv CSI Miami. Dalam citer tu ada sorang pompuan kene tembak kerana cuba melawan perompak menggunakan pepper spray. Bini aku kata tindakan pompuan tu bahaya dan tak patut. Aku pulak tak sependapat dengan bini aku. Ini hujahnya.
Aku berpendapat setiap manusia hendaklah mempertahankan haknya. Sama seperti yang dianjurkan dalam Islam, setiap muslim yang terkorban ketika mempertahankan agama, nyawa, harta dan keluarga akan mendapat syahid (syahid level mana tu hanya Allah yang tentukan). Mula2 dulu aku fikirkan kenapa kita mesti mempertahankan diri atau menggadai nyawa untuk hak kita. Lepas aku mendalami sebaik mampu inilah kesimpulan aku. Bila orang cuba buat sesuatu pada kita seperti rompak atau rogol, pertama sekali kita akan takut. Bila kita takut, orang berdekatan akan takut. Bagi penjenayah mereka akan rasa berani dan merasakan bahawa apa yang dilakukan tidak mungkin dihalang oleh orang lain. Jadi mereka akan melakukan jenayah pada kita dan pada orang lain sehinggalah mereka dihalang oleh pihak berkuasa. Cuba bayangkan kalau perkara sebaliknya berlaku. Seorang perogol nak cuba merogol, tetapi mangsa melawan sepenuh daya upaya dan akhirnya terbunuh. Memang kalau fikir secara pendek kita kata rugi kerana akhirnya mati. Tapi bayangkan kesan kepada perogol. Dia tau bahawa tindakan dia akan menyebabkan mangsa melawan habis2an dan mangsa akan sanggup menggunakan kekerasan untuk membunuh dia. Mungkin kali ini mangsa dia mati, tapi mungkin lain kali mangsa yang lebih berani akan berjaya bunuh dia pulak. Dia akan rasa takut kerana tahu mangsa takkan berdiam diri. Dia juga akan takut kerana pelan asal ialah merogol sahaja tak sampai nak membunuh. Tapi bila dah bunuh mangsa dia akan melakukan kesalahan yang lebih besar dari merogol. Sama juga dalam kes rompakan. Kalau kita melawan walaupun berisiko tinggi, kita akan mengajar penjenayah bahawa kita tak takut dan kita bersedia mencederakan mereka kalau mereka mengganggu ketenteraman kita. Boleh dikatakan sama seperti masa sekolah, bila kita kene buli dan kita biarkan, lagi teruk kita kene buli. Tapi sekali kita sepak keting atau kote pembuli masa dia cuba kacau kita, mesti dia akan terfikir 2 3 kali sebelum nak cuba kacau lagi. Some evil feed on fear when we show it. So what we should do is cover our fear and summon the courage to tell evil that we will not bow down to its will.

No comments: