Monday, January 28, 2008

Polymath...The Text

I came across an article about polymath. Basically a polymath or its other term renaissance man, reflect a man with multiple disciplinary skills. There quite a few names in history considered to be polymath such as Isaac Newton and Ibnu Sina to name a couple. These polymaths exist in various culture, especially in cultures that promote education and knowledge.
According to the article, basically polymaths shows talents in various fields of study and does not necessarily a genius in any field. You can say that a polymath is a jack of all trade kind of person. During the renaissance in Europe and according to my observation on the Chinese culture before the west came to Asia, a polymath usually trained in poetry, arts, languages, military skills, martial arts, mathematics and philosophy. When I came to understand this, it is really astonishing. Currently my work actually tries to train me into becoming a polymath of some sort. My military back ground and studies in martial arts serves as one of the basic knowledge. I’m trained academically as a scientist although not to a researcher level. Now I’m doing work in economics field. I do have a preference in Strategic and Security matters, but at least along the way I managed to gain quite a substantial knowledge as a jack of all trade.
From that article I also learned the importance of being a polymath. Being a polymath basically differ us from any other creature. Specialisation is not the field of human from my point of view. Humans should have the basic knowledge and capabilities of various discipline in order to survive and to prosper.

Sunday, January 27, 2008

Polymath...Intro

"A human being should be able to change a diaper, plan an invasion, butcher a hog, conn a ship, design a building, write a sonnet, balance accounts, build a wall, set a bone, comfort the dying, take orders, give orders, cooperate, act alone, solve equations, analyze a new problem, pitch manure, program a computer, cook a tasty meal, fight efficiently, die gallantly. Specialization is for insects."
— Robert Heinlein, Time Enough for Love

Wednesday, January 16, 2008

No Title

Walaupun artikel yang aku tulis ini mungkin inappropriate tetapi ini sekadar renungan terutama sekali kepada brothers aku yang yang membaca blog ini. Bagi sesiapa yang mengenali aku secara personal akan mendapati bahawa aku seorang yang amat menyakitkan hati. Rasanya itu telah dijelaskan dalam penulisan aku sebelum ini. Basically kali ni aku nak menulis tentang character. Terutama sekali character aku sendirilah. Buat apa nak tulis pasal orang lain.
Dalam beberapa siri lampas minda (aku rasa ni translation untuk brain storming kot) bersama bros aku, aku mendapati bahawa sebenarnya perubahan tingkahlaku seseorang boleh dilakukan. Namun syarat utama ialah hati. Maksud aku ialah seseorang hanya boleh berubah kalau dia nak berubah. Kalau dia taknak, walaupun benda yang dia buat tu salah dan berdosa dia tetap tidak akan berubah. Berbalik kepada aku. Secara amnya aku memang dikenali sebagai seorang yang fanatik tentera. Disebabkan atas kriteria ini, beberapa perwatakan aku telah dikenalpasti seperti berikut; tegas,serius (buat lawak pun kadang2 kering je) dan garang. Pernah jugak beberapa kawan2 aku yang menegur untuk aku ubah perangai tapi bagi aku terpulang pada aku sama ada nak tukar atau tak. Lagipun aku selesa dengan diri aku yang sekarang.
Mungkin agak keterlaluan, tapi kadang2 perangai aku yang macam awek datang period ni (mood swing yang cepat) membantu aku dalam menjalankan kerja2 aku (terutama dalam melibatkan perhubungan aku dengan orang yang bekerja dengan aku). Aku memang menekankan perwatakan serius dan hati kering semasa kat pejabat. Ini menyebabkan bos2 aku teragak2 nak cari pasal dengan aku kadang2. Memang kelakar tapi itulah hakikatnya. Kadang2 character tegas dan garang ni membantu bila kita berhadapan dengan unit2 seperti badan beruniform dan kakitangan yang kasar. Walaubagaimanapun bagi aku terpulang pada individu bagaimana mereka hendak approach sesuatu perkara. Tetapi yang penting kita tidak boleh judge sama ada sesuatu teknik itu sesuai atau tidak.

Tuesday, January 15, 2008

The Answer I Guess

Semalam sebelum aku tertidur aku berfikir tentang beberapa perkara yang pernah aku bincangkan dengan bros aku sebelum ni. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan tulisan aku mengenai kerjaya. Dari pengamatan bro aku, aku dapati bahawa military is not a career but a lifestyle. Bila difikirkan balik betul jugak. Sebab itu aku dapati mereka yang menjadikan ketenteraan sebagai kerjaya selalunya bukanlah seorang yang akan mencintai dunia ketenteraan. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka mengikut peraturan dan keperluan yang ditetapkan serta mengharapkan balasan yang setimpal dari tindakan itu. Berbeza dengan aku, aku sememangnya menjadikan ketenteraan sebagai salah satu gaya hidup, oleh sebab itu aku rasa tak salah dan tak kisah kalau aku perlu naik dari bawah semula iaitu sebagai rekrut asalkan aku dapat merasai kehidupan tentera. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku amat suka dengan dunia ketenteraan manakala kebanyakan kawan2 yang aku kenali mengganggap dunia ketenteraan ini sebagai dunia yang pelik. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Monday, January 14, 2008

Laporan Tempur

This would probably isn’t my week. Semalam aku terpaksa balik lambat pasal bos aku menggelabah puyuh tak siapkan kerja dia jadi kitorang pulak yang kene stay sekali nak memberi idea pada dia. Kalau dah bangang nak buat macam mana. Ni ari ni walaupun tak kene stay lambat tapi banyak pulak benda nak buat pasal bos aku yang bangang nak buat taklimat hari Rabu petang sampai malam. Hari sabtu ni aku kene buat lawatan bodoh pulak. Macam – macam benda bangang betul. Buat apa nak menyusahkan diri buat program macam2. relax jelah. Hehehehehehe! Itulah kata2 seorang pemalas.

Tuesday, January 8, 2008

Monsters Beware

These past few days aku asyik baca benda – benda berkaitan dengan horror dan monsters seperti vampires, zombies dan lain – lain lagi. Mungkin agak keterlaluan dan sememangnya amat poyo bagi semua orang kalau aku cakap aku ni sememangnya amat berminat dengan character monster hunter ni.
Aku masa sekolah dulu suka baca buku2 fantasy seperti Lone Wolf, Dungeon and Dragons dan macam2 bahan lain. Secara tak langsung character aku telah dibentuk kearah benda macam ni. Semasa aku kat Universiti aku study apa yang boleh dikatakan sebagai versi Defense Against Dark Arts bagi orang Islam kot dengan beberapa orang guru yang agak credible. Walaupun knowledge yang aku dapat mungkin tak seberapa (aku takleh nak merawat orang histeria lah bai!). Tapi aku rasa kalau dalam keadaan terdesak untuk berhadapan dengan makhluk supernatural aku boleh kot nak menyelamatkan diri.
Aku selalu bayangkan diri aku jadi hero dalam monster movie. Aku mengaku aku memang tak suka tengok horror movie kat panggung wayang coz efek bunyi macam celaka tu menyusahkan jantung aku. Tapi aku pernah beberapa kali berada dalam situasi yang menyeramkan bersendirian dan masih boleh bertahan dengan agak baik hasil dari amalan yang telah aku pelajari. Dulu aku pernah juga nak menubuhkan pasukan supernatural investigator tapi bila difikirkan balik siapa yang cukup gila nak join aku. So aku jadi solo fighterlah nampaknya.
Aku suka croos breed character aku antara Ranger dan Paladin Undead Hunter type monster hunter. Takpelah aku nak balik dah ni sambung esok jerlah.

Sunday, January 6, 2008

Do U Dare To Do It???

Bayangkan situasi ini, anda seorang graduan dalam mana – mana bidang pengajian. Setelah tamat belajar anda cuba mencari kerja. Namun tiada berhasil. Kerja yang dicari sememangnya kerja impian anda yang telah dibayangkan semasa di bangku Universiti lagi. Tiba – tiba anda diberi peluang kerja yang memerlukan anda mula dari bawah sebagai pekerja biasa dan perlu berusaha gigih jika hendak naik pangkat. Jika anda berjaya, anda akan mendapat jawatan idaman anda dan jika anda gagal anda mungkin berada di jawatan yang sedia ada untuk masa yang lama. Anda sanggup melaluinya?
Mungkin sukar untuk mengambarkan dengan secara generik macam ni. Jadi aku akan bagi example tentang diri aku senang sikit semua orang nak faham. Semua bro aku sedia maklum bahawa aku ni seorang yang fanatik dalam bidang ketenteraan. Sekarang ni aku sedang menunggu pentauliahan semula yang masih tidak kunjung tiba. Entah bila nak dapat aku pun tak tau. Aku sebenarnya tak kisah kalau pangkat aku biasa jer asalkan aku dapat join askar wataniah. Tapi atas nasihat para pegawai atasan diorang mintak aku tunggu commission.
Secara jujurnya aku dah bercadang untuk join semula sebagai rekrut dan go through the process untuk kerja keras dan naik pangkat slow2 sampailah aku dapat balik title pegawai. Cuma ada risiko dan risikonya agak besar. Kenaikan pangkat dari NCO kepada pegawai adalah amat susah memandang setiap tahun ada sahaja pegawai PALAPES yang commission dan join unit2 Wataniah seluruh Malaysia. Jadi peluang untuk aku jadi pegawai semula kemungkinan besar tidak akan tercapai langsung. Dan kalau aku all out macam mana sekalipun aku mungkin cuma sempat merasa sebagai Regiment Sargeant Major sahaja (RSM tu title, rank dia Warrant Officer 1). Satu risiko yang amat besar dan aku pun tak tau sama ada ianya akan berjaya atau tidak. Aku tak pernah tanya pendapat bro aku tentang hal ini sebelum ini. Tetiba pulak aku terfikir dan teringin nak discuss benda ni. Tapi when push comes to shove dan aku mungkin takde option lain aku mungkin akan buat jugak planning aku ni.

Laporan Tempur

Satu hari lagi dipejabat. Satu minggu lagi dihabiskan dalam tahun baru ini. Aku rasa tahun ni pun cepat habis agaknya kalau macam nilah keadaan yang aku hadapi saban hari.
Weekend sememangnya menyeronokkan walaupun aku cuma melepak kat dalam rumah tido dan tengok TV (talk about being unproductive). My bro dah terbang ke China selama 6 bulan. Aku pulak tak tau bilalah peluang aku nak merasa pergi oversea (setakat obersee ke Pulau Pinang pernahler).
Seperti biasa aku akan cuba memenuhkan blog ini agar nampak macam aku ni rajin menulis (atau dalam erti kata sebenar aku takde keje kat pejabat ni). Bukan takde keje tapi aku malas nak buat keje sebenar aku. Wahahahahahahahaha!

Thursday, January 3, 2008

Laporan Tempur

Hari ni aku masuk macam biasa. Tapi semangat hari ni lain sikit. Biasalah nak weekend. Hehehehehe! Aku sememangnya amat suka pada weekend dan Jumaat. Aku dah buat perancangan kerja untuk setahun. Sekarang ni cuma nak summon the will and motivate my self to do the work. Biasalah aku ni pemalas nak mampus. Aku tengah mencuba pelbagai teknik yang aku tahu untuk menaikkan semangat aku untuk buat keje.
Esok aku mulanya bercadang nak pergi cari laptop kat area Low Yat dengan bro aku tapi tak confirm lagi. Sorang lagi bro aku akan terbang ke China untuk tugas2 rasmi. 6 bulan pulak tu. Mesti aku kebosanan takde member2. Yang lain semua sibuk dengan keje dan study (yang mana sambung study tu). Aku lupa nak bagitau bahawa semasa aku pergi Teambuilding tu aku berkenalan dengan fasilitator yang merupakan salah seorang pensyarah Pengajian Strategi dan Polisi kat UKM. Lepas aku cerita kat dia tentang keinginan aku menyambung belajar dalam bidang tu dia pun mintak aku datang ke UKM bila free untuk berbincang mungkin ada harapan jugak untuk aku sambung study dalam bidang tu.

Laporan Tempur

Arini agak kurang stress bagi aku. Aku ada meeting dengan CEO kat HQ pada awal pagi jadi dari rumah aku pergi terus tanpa pergi opis. Apa lagi melepak dan enjoy jelah keje aku sepanjang ada kat sana. Masa mesyuarat tu cuma bincang dari segi team building Company dan macam mana nak improve keadaan yang ada sekarang agar lebih baik. Secara amnya program yang telah diadakan agak baik dan boleh ditambah baik lagi dengan lebih banyak program susulan. Lepas mesyuarat aku buat kerja peribadi aku dan melepak dengan kawan2 kat tempat yang aku selalu pergi masa kerja kat HQ. Jumpa kawan2 dari subsidiary lain yang sedang makan2. Aku dapati kebanyakan diorang tak naik pangkat lagi. Kesian jugak tapi pada masa yang sama bila difikirkan diorang lagi seronok dari aku. Sekurang2nya diorang ditempatkan di tempat yang sama sebelum ni jadi taklah tensen macam aku yang kene berpindah randah. Dan diorang pulak ada yang dapat pergi oversea. Dalam erti kata yang lain, setiap benda yang berlaku ada hikmah. Dan tidak semestinya sesuatu yang best tu akan membawa kebaikan.

Tuesday, January 1, 2008

Laporan Tempur

Aku baru masuk keje ari ni selepas lama bercuti yang dibayar Company. Aku agak malas jugak nak buat keje tapi nak tak nak kene buat jugak kerana banyak keje untuk tahun ini. Selain itu aku kene buat perancangan tahun 2008 bagi semua aktiviti utama untuk pastikan aku mencapai semua sasaran untuk tahun ini. Aku mulakan tahun baru ini dengan sedikit tekad baru. Aku sedang mencuba untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan aku. Aku berharap langkah ini boleh memgantu mengelakkan aku dari kene penyakit kencing manis. Dan jika ia boleh membantu aku kurangkan sedikit berat badan itu dah dikira bonus. Semoga Allah membantu aku dalam usaha ini.