Thursday, January 3, 2008

Laporan Tempur

Arini agak kurang stress bagi aku. Aku ada meeting dengan CEO kat HQ pada awal pagi jadi dari rumah aku pergi terus tanpa pergi opis. Apa lagi melepak dan enjoy jelah keje aku sepanjang ada kat sana. Masa mesyuarat tu cuma bincang dari segi team building Company dan macam mana nak improve keadaan yang ada sekarang agar lebih baik. Secara amnya program yang telah diadakan agak baik dan boleh ditambah baik lagi dengan lebih banyak program susulan. Lepas mesyuarat aku buat kerja peribadi aku dan melepak dengan kawan2 kat tempat yang aku selalu pergi masa kerja kat HQ. Jumpa kawan2 dari subsidiary lain yang sedang makan2. Aku dapati kebanyakan diorang tak naik pangkat lagi. Kesian jugak tapi pada masa yang sama bila difikirkan diorang lagi seronok dari aku. Sekurang2nya diorang ditempatkan di tempat yang sama sebelum ni jadi taklah tensen macam aku yang kene berpindah randah. Dan diorang pulak ada yang dapat pergi oversea. Dalam erti kata yang lain, setiap benda yang berlaku ada hikmah. Dan tidak semestinya sesuatu yang best tu akan membawa kebaikan.

No comments: