Hari ni aku masuk macam biasa. Tapi semangat hari ni lain sikit. Biasalah nak weekend. Hehehehehe! Aku sememangnya amat suka pada weekend dan Jumaat. Aku dah buat perancangan kerja untuk setahun. Sekarang ni cuma nak summon the will and motivate my self to do the work. Biasalah aku ni pemalas nak mampus. Aku tengah mencuba pelbagai teknik yang aku tahu untuk menaikkan semangat aku untuk buat keje.
Esok aku mulanya bercadang nak pergi cari laptop kat area Low Yat dengan bro aku tapi tak confirm lagi. Sorang lagi bro aku akan terbang ke China untuk tugas2 rasmi. 6 bulan pulak tu. Mesti aku kebosanan takde member2. Yang lain semua sibuk dengan keje dan study (yang mana sambung study tu). Aku lupa nak bagitau bahawa semasa aku pergi Teambuilding tu aku berkenalan dengan fasilitator yang merupakan salah seorang pensyarah Pengajian Strategi dan Polisi kat UKM. Lepas aku cerita kat dia tentang keinginan aku menyambung belajar dalam bidang tu dia pun mintak aku datang ke UKM bila free untuk berbincang mungkin ada harapan jugak untuk aku sambung study dalam bidang tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment