Walaupun artikel yang aku tulis ini mungkin inappropriate tetapi ini sekadar renungan terutama sekali kepada brothers aku yang yang membaca blog ini. Bagi sesiapa yang mengenali aku secara personal akan mendapati bahawa aku seorang yang amat menyakitkan hati. Rasanya itu telah dijelaskan dalam penulisan aku sebelum ini. Basically kali ni aku nak menulis tentang character. Terutama sekali character aku sendirilah. Buat apa nak tulis pasal orang lain.
Dalam beberapa siri lampas minda (aku rasa ni translation untuk brain storming kot) bersama bros aku, aku mendapati bahawa sebenarnya perubahan tingkahlaku seseorang boleh dilakukan. Namun syarat utama ialah hati. Maksud aku ialah seseorang hanya boleh berubah kalau dia nak berubah. Kalau dia taknak, walaupun benda yang dia buat tu salah dan berdosa dia tetap tidak akan berubah. Berbalik kepada aku. Secara amnya aku memang dikenali sebagai seorang yang fanatik tentera. Disebabkan atas kriteria ini, beberapa perwatakan aku telah dikenalpasti seperti berikut; tegas,serius (buat lawak pun kadang2 kering je) dan garang. Pernah jugak beberapa kawan2 aku yang menegur untuk aku ubah perangai tapi bagi aku terpulang pada aku sama ada nak tukar atau tak. Lagipun aku selesa dengan diri aku yang sekarang.
Mungkin agak keterlaluan, tapi kadang2 perangai aku yang macam awek datang period ni (mood swing yang cepat) membantu aku dalam menjalankan kerja2 aku (terutama dalam melibatkan perhubungan aku dengan orang yang bekerja dengan aku). Aku memang menekankan perwatakan serius dan hati kering semasa kat pejabat. Ini menyebabkan bos2 aku teragak2 nak cari pasal dengan aku kadang2. Memang kelakar tapi itulah hakikatnya. Kadang2 character tegas dan garang ni membantu bila kita berhadapan dengan unit2 seperti badan beruniform dan kakitangan yang kasar. Walaubagaimanapun bagi aku terpulang pada individu bagaimana mereka hendak approach sesuatu perkara. Tetapi yang penting kita tidak boleh judge sama ada sesuatu teknik itu sesuai atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment