Tuesday, January 15, 2008
The Answer I Guess
Semalam sebelum aku tertidur aku berfikir tentang beberapa perkara yang pernah aku bincangkan dengan bros aku sebelum ni. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan tulisan aku mengenai kerjaya. Dari pengamatan bro aku, aku dapati bahawa military is not a career but a lifestyle. Bila difikirkan balik betul jugak. Sebab itu aku dapati mereka yang menjadikan ketenteraan sebagai kerjaya selalunya bukanlah seorang yang akan mencintai dunia ketenteraan. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka mengikut peraturan dan keperluan yang ditetapkan serta mengharapkan balasan yang setimpal dari tindakan itu. Berbeza dengan aku, aku sememangnya menjadikan ketenteraan sebagai salah satu gaya hidup, oleh sebab itu aku rasa tak salah dan tak kisah kalau aku perlu naik dari bawah semula iaitu sebagai rekrut asalkan aku dapat merasai kehidupan tentera. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku amat suka dengan dunia ketenteraan manakala kebanyakan kawan2 yang aku kenali mengganggap dunia ketenteraan ini sebagai dunia yang pelik. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment