Sunday, January 6, 2008

Do U Dare To Do It???

Bayangkan situasi ini, anda seorang graduan dalam mana – mana bidang pengajian. Setelah tamat belajar anda cuba mencari kerja. Namun tiada berhasil. Kerja yang dicari sememangnya kerja impian anda yang telah dibayangkan semasa di bangku Universiti lagi. Tiba – tiba anda diberi peluang kerja yang memerlukan anda mula dari bawah sebagai pekerja biasa dan perlu berusaha gigih jika hendak naik pangkat. Jika anda berjaya, anda akan mendapat jawatan idaman anda dan jika anda gagal anda mungkin berada di jawatan yang sedia ada untuk masa yang lama. Anda sanggup melaluinya?
Mungkin sukar untuk mengambarkan dengan secara generik macam ni. Jadi aku akan bagi example tentang diri aku senang sikit semua orang nak faham. Semua bro aku sedia maklum bahawa aku ni seorang yang fanatik dalam bidang ketenteraan. Sekarang ni aku sedang menunggu pentauliahan semula yang masih tidak kunjung tiba. Entah bila nak dapat aku pun tak tau. Aku sebenarnya tak kisah kalau pangkat aku biasa jer asalkan aku dapat join askar wataniah. Tapi atas nasihat para pegawai atasan diorang mintak aku tunggu commission.
Secara jujurnya aku dah bercadang untuk join semula sebagai rekrut dan go through the process untuk kerja keras dan naik pangkat slow2 sampailah aku dapat balik title pegawai. Cuma ada risiko dan risikonya agak besar. Kenaikan pangkat dari NCO kepada pegawai adalah amat susah memandang setiap tahun ada sahaja pegawai PALAPES yang commission dan join unit2 Wataniah seluruh Malaysia. Jadi peluang untuk aku jadi pegawai semula kemungkinan besar tidak akan tercapai langsung. Dan kalau aku all out macam mana sekalipun aku mungkin cuma sempat merasa sebagai Regiment Sargeant Major sahaja (RSM tu title, rank dia Warrant Officer 1). Satu risiko yang amat besar dan aku pun tak tau sama ada ianya akan berjaya atau tidak. Aku tak pernah tanya pendapat bro aku tentang hal ini sebelum ini. Tetiba pulak aku terfikir dan teringin nak discuss benda ni. Tapi when push comes to shove dan aku mungkin takde option lain aku mungkin akan buat jugak planning aku ni.

1 comment:

Alpha Tango Six Niner said...

RSM pun gempak jugak aper :D boleh jugak sound YO hhee