Tuesday, January 8, 2008

Monsters Beware

These past few days aku asyik baca benda – benda berkaitan dengan horror dan monsters seperti vampires, zombies dan lain – lain lagi. Mungkin agak keterlaluan dan sememangnya amat poyo bagi semua orang kalau aku cakap aku ni sememangnya amat berminat dengan character monster hunter ni.
Aku masa sekolah dulu suka baca buku2 fantasy seperti Lone Wolf, Dungeon and Dragons dan macam2 bahan lain. Secara tak langsung character aku telah dibentuk kearah benda macam ni. Semasa aku kat Universiti aku study apa yang boleh dikatakan sebagai versi Defense Against Dark Arts bagi orang Islam kot dengan beberapa orang guru yang agak credible. Walaupun knowledge yang aku dapat mungkin tak seberapa (aku takleh nak merawat orang histeria lah bai!). Tapi aku rasa kalau dalam keadaan terdesak untuk berhadapan dengan makhluk supernatural aku boleh kot nak menyelamatkan diri.
Aku selalu bayangkan diri aku jadi hero dalam monster movie. Aku mengaku aku memang tak suka tengok horror movie kat panggung wayang coz efek bunyi macam celaka tu menyusahkan jantung aku. Tapi aku pernah beberapa kali berada dalam situasi yang menyeramkan bersendirian dan masih boleh bertahan dengan agak baik hasil dari amalan yang telah aku pelajari. Dulu aku pernah juga nak menubuhkan pasukan supernatural investigator tapi bila difikirkan balik siapa yang cukup gila nak join aku. So aku jadi solo fighterlah nampaknya.
Aku suka croos breed character aku antara Ranger dan Paladin Undead Hunter type monster hunter. Takpelah aku nak balik dah ni sambung esok jerlah.

No comments: