Hari ni aku bersemangat sikit nak menulis jadi akan ada banyak jugak posting aku hari ni. So bersiap sedialah.
Dalam edisi kali ini aku akan membincangkan mengenai service scheme yg aku join. Aku menyertai skim ni pada bulan 12 tahun 2004. Sebelum tu aku kerja secara kontrak dengan Conglomerate ni. So aku officially jadi staff tetap pada tahun 2004. Semasa aku mengikuti sesi pemilihan dan latihan awal dalam bidang kerjaya ni, aku dimaklumkan bahawa skim ini merupakan skim yang digelar “jack of all trades and master of none”. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang menyertai skim ini akan menjalankan pelbagai tugas yang rencam dan akan belajar melakukan pelbagai perkara. Malah semasa pemilihan dan latihan awal lagi kami telah didedahkan dengan pelbagai perkara dan diuji agar boleh melakukan pelbagai benda. Antara perkara yang diuji ialah kebolehan seni, bersukan, berdebat, memberi perucapan awam dan pengurusan majlis. Ini baru basic skills. Semasa di alam pekerjaan pula kami didedahkan bahawa kami perlu mengetahui secara asas tentang kewangan, sumber manusia dan pentadbiran. Selepas itu kami juga perlu tahu mengenai core business dalam Company masing2. Secara amnya ini merupakan satu cara yang bagus kerana menjadikan skim aku ini well versed dalam banyak bidang yang penting dalam Conglomerate. Masalahnya ialah semua latihan dan pendedahan tugas ini adalah secara asas dan tidak terperinci sehingga boleh menjadikan seorang pegawai itu pakar. Cuma mungkin apabila sampai satu tahap mungkin satu pengkhususan diperlukan bagi setiap pegawai bagi menjadikan mereka lebih credible dalam menjalankan tugas.
Maksud aku pengkhususan dalam kerja tidak semestinya melihat kepada keperluan kerjaya semata2. Minat pegawai tersebut juga perlu diambil kira. Dan tidak dinafikan minat dalam sesuatu bidang juga akan menambahkan lagi mutu kerja serta produktiviti seseorang pegawai dalam menjalankan tugas.
Terdapat pelbagai bidang utama yang boleh dijadikan bidang kepakaran bagi pegawai2 skim ini. Seperti diatas, kewangan dan sumber manusia adalah antara bidang utama. Selain itu, bidang ekonomi, pertahanan, ICT, pembangunan sosial serta beberapa bidang lain boleh juga dijadikan sebagai bidang kepakaran utama. Dengan penumpuan kepada bidang kepakaran yang utama, skim ini dapat menyediakan satu pasukan pakar rujuk yang berkompeten serta dapat menunjukkan kepada skim lain tentang keperluan dan kepentingan skim ini. Selain itu penguasaan ilmu dalam bidang kepakaran ini akan membantu para pegawai skim ini melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka dengan lebih cekap dan memastikan para pelanggan Conglomerate mendapat perkhidmatan yang memuaskan.
Latihan dan pendedahan yang diperlukan dalam membina kepakaran seseorang pegawai dalam bidang yang tertentu tidak semestinya memerlukan latihan formal yang berbentuk akademik semata2. Aku ambil contoh pegawai yang ingin mengkhususkan kepakaran dalam bidang keselamatan dan pertahanan. Selain dari memiliki kelayakan akademik yang mencukupi, seorang pegawai itu akan menjadi lebih lengkap jika dia mempunyai latihan dan pengalaman hands on dalam bidang keselamatan dan pertahanan. Ini boleh diperolehi melalui penyertaan dalam mana2 pasukan sukarela yang berkaitan. Begitu juga denga bidang sumber manusia. Latihan informal seperti kaunseling, perundingan serta organisational behavior boleh didapati melalui penyertaan dalam badan2 seperti Befrienders. Bagi yang terlibat dalam pembangunan sosial, penyertaan dalam persatuan2 boleh membantu kita mendapatkan maklumat grass root secara on the spot.
Sebagai pegawai kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membina kepakaran kepada Main HR sahaja. Kadang kala perancangan mereka mungkin tidak menepati keperluan kita. Oleh itu kita wajar membina kepakaran diri sendiri melalui penyertaan luar pejabat dan self study. Mungkin sukar atau remeh bagi kebanyakan orang tetapi jika kita ingin skim ini dihormati ini mungkin salah satu caranya.
Skim ini perlu merubah statement Jack Of All Trade, Master of None kepada Jack Of All Trade, Master of Some. Para pegawai skim ini perlu memilih dan menjadikan diri pakar sekurang2nya dalam 1 bidang utama dan well versed dalam 2 bidang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment