Thursday, November 1, 2007

Luahan Perasaan Lagi

Satu hari lagi diteruskan dalam pencarian yang sia – sia ini. Tak aku sangka dah masuk bulan kedua aku bekerja di pejabat yang wretched ni. Hmmmm! Bilalah aku boleh berambus. Adakah aku ni terlalu demotivated sampai memang malas gila nak ke pejabat? Yup! Pagi tadi pun aku kene struggle nak bangun datang sini. Aku tak tau kenapa tapi aku memang malas gila. Aku memang tak suka tempat ni kot. Hehehehehe! Bini aku pun sama jugak. Asyik complain pasal tempat kerja baru dia. Yelah kan kalau dah tempat tu tak menyeronokkan nak buat kerja pun tak seberapa jer.
Hari ni sepatutnya ada mesyuarat di HQ. Kalau ikut secara logik aku kene pergi tapi bos aku tak bagi kerana dia nak pergi dulu. Huh! Tak berguna punya orang tua. Saja jer taknak bagi aku chance. Aku ingat bolehlah nanti aku pergi sembahyang jumaat ngan bro aku. Tapi takpelah gasak orang tua tulah. Mungkin zaman dia boss dia pun hampas tebu macam dia jugak. Bagus jugak aku tak pergi meeting tu pasal aku nak settlekan benda yang tak settle lagi.
Aku dah dapat bantuan salah satu client aku untuk anjurkan program ni tapi masalahnya tempat masih takde. Dan semua tempat disekitar Kuala Lumpur dan juga diluar penuh atau terlalu mahal untuk buat program ini. Entahlah aku cuma boleh berharap agar Allah akan membantu aku mengurangkan kekusutan fikiran aku ini.

No comments: