Monday, November 19, 2007

Penyusunan Semula

Walaupun aku tak gembira bekerja disini tetapi aku tetap perlu meneruskan kerja untuk memastikan kesinambungan kerjaya aku. Mungkin aku takkan dapat review yang baik dari bos aku tetapi sekurang2nya aku akan buat kerja sebaik mungkin. At least up to acceptable quality.
Sekarang ni aku sedang menstruktur semula kerja – kerja dan jadual kerja aku. At least biar nampak macam aku banyak kerja dan buat kerja. Aku sekarang sedang menyenaraikan semua kerja utama aku yang perlu aku fokus (macam pernah dengar orang lain guna jer perkataan ni). Selain itu aku sedang mendrafkan senarai semak, proses kerja dan carta aliran kerja bagi membantu aku membuat pemantauan terhadap kerja aku. Aku juga telah menyusun dokumen2 simpanan aku agar memudahkan access aku kepada maklumat yang diperlukan. Aku juga merekodkan semua nombor telefon penting (dan no telefon awek) ke dalam buku2 telefon aku agar aku boleh dapatkan bila aku memerlukan.
Aku juga telah mula semula menulis jurnal aku, sebagai salah satu usaha perancangan hadapan. Didalam blog ini aku tidak boleh tulis sewenang2nya kerana orang senang nak access dan boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang aku tak mahu mereka ketahui. Jadi kebanyakan perancangan aku letakkan dalam jurnal aku.

No comments: