Bengkel ilmu kita pada hari ini akan membincangkan mengenai peningkatan diri. Sejak aku mula bekerja ni aku telah belajar bahawa amat penting bagi seseorang itu sentiasa mempertingkatkan dirinya dalam apa jua bidang yang diceburi serta diminatinya. Secara amnya, pendapat ni telah berkembang sejak aku mula menjejakkan diri di Universiti dimana aku melihat para pelajar Universiti sibuk join mcm2 persatuan dan buat pelbagai jenis kerja bagi mendapatkan pengalaman dan ilmu serta pada masa yang sama mencari identiti. Bila aku dah start keje kepentingan perkara ini menjadi lebih relevan dan aku pun menumpukan banyak masa aku kearahnya.
Sekarang kita meneruskan perbincangan ini mengenai peningkatan diri aku. Sebagai pekerja professional aku sentiasa cuba mempertingkatkan diri aku dalam banyak bidang yang melibatkan kerja aku. Antara yang aku tumpukan ialah pemahaman dan kepakaran dalam bidang tugas aku sekarang. Selain itu aku cuba juga meningkatkan ilmu tentang bidang2 lain dalam Company bagi memastikan aku ada broad knowledge bagi membantu memperkembangkan fungsi Company. Peningkatan ini dilakukan dengan membuat penyelidikan yang terperinci dan melibatkan diri secara aktif dalam apa jua tugas yang diberikan yang melibatkan Company.
Selain dari bidang yang melibatkan pekerjaan aku sekarang, aku juga cuba mempertingkatkan diri aku dalam kepakaran yang aku minat. Seperti yang aku pernah catatkan sebelum ini, aku bercadang untuk menjadi salah seorang tenaga pakar dalam bidang keselamatan dan pertahanan di Conglomerate ini. Aku berharap satu hari nanti aku akan dapat menyumbang bakti di subsidiary Conglomerate yang terlibat dalam bidang ini. Untuk mencapai sedemikian aku memperuntukan masa untuk membuat penyelidikan dalam bidang ini. aku juga berharap penglibatan aku dalam pasukan keselamatan sukarela akan dapat menambahkan lagi nilai kepakaran aku dalam bidang ini. Bagi kemuncak untuk mencapai cita2 aku ini, aku bercadang untuk mendapatkan Master dan PhD dalam bidang keselamatan dan pertahanan dari Universiti tempatan.
Setiap orang sudah tentu mempunyai minat tersendiri dan ingin meningkatkan diri dalam minat tersebut. Aku sebagai contohnya amat minat dengan teknik tempur tanpa senjata dan menjadikannya sebagai salah satu program utama senaman harian aku. Tujuan aku melatih seni mempertahankan diri ialah sebagai salah satu program kesihatan memandangkan terdapat penyelidikan yang menyatakan bahawa latihan ini boleh membantu membakar banyak kalori dan membina otot. Ia juga sebagai satu keperluan just in case aku perlukan untuk mempertahankan diri.
Bila mengatakan mengenai peningkatan diri dan pembangunan modal insan, kebanyakan orang akan mengatakan bahawa kita memerlukan metologi yang betul barulah peningkatan tersebut dapat dicapai. Aku berpendapat bahawa statement itu benar, cuma masalahnya setakat manakah kemampuan seseorang untuk mengikut metodologi yang betul dan adakah tiada langsung kesan positif dari metod self study and self train. Setakat ni kebanyakan improvement diri yang dilakukan oleh aku dikategorikan sebagai self training dan self study. Ini kerana aku tidak mendapat latihan formal dalam kebanyakan bidang. Selain itu aku juga tidak dapat menyediakan persekitaran ideal yang menepati kehendak metod pembelajaran dan latihan yang paling efektif seperti yang disarankan oleh pakar. Aku ambil contoh seni pertempuran. Bruce Lee merupakan salah seorang contoh pakar yang aku rujuk dalam bidang ini. Beliau berpendapat bahawa latihan tempur sebenar memerlukan latihan sparring no bars hold yang maximum. Maksudnya ialah latihan tempur berpasangan atau lebih dan tidak menggunakan apa2 jenis perlindungan serta teknik yang digunakan hendaklah seperti mana yang akan digunakan dalam pertempuran. Latihan sebegini aku tak nafikan akan menjadikan seseorang itu pakar dalam pertempuran jalanan dengan cepat dan efektif. Masalahnya ia akan menggunakan banyak resource. Bukan dari segi wang, tetapi dimana orang biasa boleh mendapatkan pasangan sparring yang cekap dan mampu menahan serangan dari kawan. Dan bagaimana pula jika mengalami kecederaan. Berbeza dengan pakar seni mempertahankan diri yang menjadikan seni pertarungan sebagai salah satu cari makan, orang biasa seperti aku tidak mampu untuk melakukan latihan sedemikian. Oleh itu aku membuat self study dan mengambil modul latihan Royal Marine Commando. Dalam latihan tersebut, antara teknik yang digunakan bagi mempertingkatkan keupayaan bertempur beramai2 ialah dengan menggunakan dummy atau patung. Patung2 tersebut akan digantung di sekitar bilik dan peserta akan menyerang dengan pelbagai tenik strike serta cuba mencari jalan bagi melarikan diri. Ini lebih praktikal berbanding dengan menggunakan sparring partner. Bagi latihan lain pula aku cuma menggunakan teknik yang sedia ada seperti latihan rote. Aku juga akan membeeli punching bag bagi melengkapkan latihan. Walaupun tidak memenuhi spesifikasi pakar, tapi aku menggunakan teknik yang sedia ada dengan barang2 yang sedia ada bagi membantu aku mendapat latihan yang secukup termampu.
Perkara yang sama juga dalam bidang lain. Seseorang boleh mempelajari ilmu ekonomi hanya melalui pembacaan, menghadiri seminar dan mendengar penerangan dari kawan2 yang lebih pakar. Inilah metod self study. Walaupun dia mungkin bukan pakar dalam bidang ekonomi, tetapi knowledge yang dia telah kumpulkan tetap menjadikan dia seorang yang reliable dalam bidang tersebut.
Jadi secara amnya aku ingin menyeru kepada pembaca blog aku ini (yang terdiri dari 2 orang sahaja) tak perlu formal education atau training untuk menjadikan diri kita cekap atau pakar dalam bidang yang kita minat atau ceburi. Kita boleh self train diri kita. Walaupun ambil masa yang lama tetapi ia tetap berbaloi. Lagi satu tak perlu kita belajar yang kompleks dulu. Kita start small, belajar basics dan simple stuff dulu. Bila pemahaman kita meningkat kita akan perlahan2 boleh belajar perkara2 yang kompleks. Tetapi selalunya masalah dalam hidup ini Cuma memerlukan penyelesaian simple dan rudimentary. Jadi teruskanlah usaha anda untuk meningkatkan dan membangunkan diri anda. Cheh! Macam Dr. Fadilah Kamsah pulak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment