Sunday, November 4, 2007
Welcome to the club Brudder!!!!
Weekend lepas aku balik kampung. Tujuan sebenar adalah kerana salah sorang bro aku bertunang. So to honour him and to rejoice, it would seem appropriate for me to attend and escort him throughout the ceremony. Aku sampai ngan wife aku dalam pukul lebih kurang half past ten. Lepas tu aku join masuk kat dalam. Bini aku terror gak join makcik2 kat belakang tu. Aku macam biasalah, kayu kat depan. Ada tahlil dan doa selamat sikit diketuai oleh imam masjid perumahan situ (aku assumelah). Lepas tahlil ada makan, dan aku seperti biasa membelasah tak ingat dunia. Seorang lagi bro aku datang tapi bini dia dia keje. So bini aku layanlah makcik2 tu sensorang. Lepas makan aku lepak jap kat depan dgn bros aku. Manakala kebanyakan jemputan lain balik. Yang tinggal Cuma family dan pakcik depan rumah member aku. Bro aku yang sorang ni balik coz ada appoinment keje. So aku lepak ngan bakal pengantin. Dalam kul 12.30 kitorang gerak pergi umah bakal pengantin perempuan. Dekat jer, seberang sungai. Aku lepak dalam kete dengan bro aku n sembang pasal kerjaya. Memang dalam hidup ni, lelaki kebanyakannya sembang pasal kerjaya atau perniagaan pun. Member aku tengah berusaha nak masuk Conglomerate aku selepas dia tau betapa syoknya join super company yang aku join. Lagipun bakal bini dia pun memang kakitangan Conglomerate di Division yang lain. Aku merasakan aku nak berkempen agar semua kawan2 aku dapat masuk sebagai kakitangan Conglomerate. Selepas sembang dalam kete kitorang pun masuk untuk bergambar dengan bakal pengantin perempuan. Aku lepak kat luar jer. Grand jugaklah majlis pertunangan bro aku tu. Aku dulu sempoi jer. Hehehehehe! Anyway selepas bergambar kitorang makan lagi. Dan bro aku tunjuk yang dia dapat handphone baru dari tunang dia (hantaran). Anyway aku mengucapkan selamat melayar bahtera bro. Hehehehehe!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment