Hari ni mungkin agak kurang baik pada mulanya. Aku bergerak ke tempat kerja seperti biasa. Masalah bermula semasa aku menaiki train LRT yang bermasalah dari semalam lagi. Mungkin masalah semalam tak settle lagi kot jadi perjalanan aku dengan LRT agak lembab dan bermasalah. Train lambat sampai, kemudian agak sesak dan coach pula basah kerana sistem pendinginan udara bocor aku rasa. Selepas aku bertahan seberapa lama yang boleh aku pun sampai ke stesen sebelum stesen yang sepatutnya. Aku kene tukar train pulak dah. Aku pun naik lah train seterusnya. Yang aku pelik kenapa pulak kene tukar train?? Sedangkan train yang aku naik memang nak ke stesen berikutnya. Aku pun ikut jerlah malas nak pening2 kepala dan aku pun malas nak jalan kaki walaupun jarak agak dekat. Akhirnya dengan penuh susah payah aku pun sampai ke pejabat.
Selepas sampai ke pejabat aku pun mula nak bekerja (kononnya) dengan membuka PC dan internet. Tapi masalah baru pulak timbul. Kebanyakan laman web yang aku nak bukak semuanya ada masalah. Termasuklah laman web blog (sebab tu aku posting lambat sikit laporan hari ni). Aku pun bertahanlah setakat termampu. Kalau kat HQ aku tak kisah sangat kalau takde internet. At least aku boleh lepak ngan bro aku. Tapi kat sini pening kepala jugaklah kalau takde internet. Nak buat camne bertahan jerlah. Bilalah aku boleh bertukar balik ke HQ ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment