Sehari lagi di pejabat yang amat membosankan. Disebabkan kebosanan melampau ini aku sedang merangka rancangan jahat untuk membantu aku balik semula ke HQ. Kalau tak dapat balik ke pejabat asal sekalipun aku nak balik ke mana2 Company bawah naungan Conglomerate yang terletak di Main Complex milik Conglomerate. Aku bercadang nak menulis surat kepada Main HR dengan menggunakan alasan nak menyambung belajar Master secara sambilan. Selain itu aku akan masukkan beberapa alasan lain walaupun alasan itu tidak kukuh. Aku juga akan cuba mencari kawan2 seperjuangan aku yang berminat nak balik ke KL untuk bertukar suka sama suka.
Selain dari menggunakan teknik formal, aku juga akan menggunakan cara halus yang lain. Antara cara yang aku rancangkan ialah dengan membuat muka aku macam celaka (macam masa aku kat pejabat lama). Maksud aku muka macam celaka ni ialah muka serius sepanjang masa aku depan bos termasuklah taknak gelak joke dan lain2. Aku nak cuba buat dia benci gila kat aku dan dia akan tergerak hati nak keluarkan aku dari pejabat ni. Walaupun mungkin ada kesan kepada kerjaya aku, aku terpaksa mengambil risiko tersebut kerana aku amat tak gembira bekerja disini. Lagipun aku memang tak cekap dalam membuat kerja2 baru aku ini.
Aku tau aku bukan seorang pegawai yang amat cekap dan berkebolehan. Aku seorang yang average dalam apa sahaja yang aku lakukan. Aku cuma cuba buat yang terbaik aku mampu dan berharap apa yang aku buat itu cukup memuaskan. Kadang2 apa yang aku lakukan agak baik dan kadang2 tidak memuaskan. Basically aku tidak consistent dalam penghasilan kerja. Lagi satu aku bukan seorang yang mudah nak mengikut arahan dan pendapat orang lain. Mungkin bos aku tak salah atau takde apa masalah dengan aku. Cuma mungkin aku ini yang bermasalah. Memang selagi aku boleh bertahan aku akan bertahan dengan apa2 sahaja masalah, tetapi pada masa yang sama baik aku cuba mencari jalan keluar jika dah tak serasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment