Perbincangan kita pada hari ini ialah mengenai leadership. Ada banyak tafsiran dan definisi leadership dari pelbagai pakar dalam bidang ini. Basically bagi aku pula, leadership ialah keupayaan untuk membuat seseorang untuk melakukan sesuatu sama ada dengan cara baik atau kasar. Mungkin pengertian ini agak rudimentary tetapi itu cuma pandangan aku sahaja. Bagi aku leadership adalah sesuatu yang abstrak, seperti seni. Berbeza dengan bidang sains yang methodical dan rigid dengan peraturan, aku menganggap leadership sebagai sesuatu yang flexible dan sentiasa berubah. Takde peraturan tertentu dalam leadership.
Aku akan menunjukkan beberapa contoh leadership style yang dipraktikan oleh aku dan seorang bro aku. Secara amnya aku mengamalkan regimental leadership, ala ketenteraan. Bro aku pula lebih kepada campuran leadership benevolent dan perkongsian masalah. Dalam style leadership aku, aku menekankan disiplin, kepatuhan pada arahan dan ketegasan. Setakat ini aku dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan agak baik menggunakan style itu. Pada mulanya sememangnya ada tentangan tetapi lama kelamaan apabila subordinate aku membiasakan diri dengan style itu mereka akan boleh bekerja dengan lebih baik.
Bro aku lebih menggunakan approach untuk mengenal subordinate dia dengan mesra dan menjadikan suasana lebih kurang formal. Ini memudahkan anak buah dia menceritakan masalah yang dihadapi serta membantu dia mengesan apa2 kesilapan serta membuat penambahbaikan serta merta. Selain itu beliau juga merapatkan diri dengan orang bawahan bagi mendapatkan maklumat grass root bagi melaksanakan tindakan seterusnya. Approach beliau lebih lembut dan lebih berorientasikan manusia.
Kedua2 style diatas berfungsi dengan baik dalam menjalankan tugas yang diperlukan. Cuma kadang2 situasi tertentu memerlukan style yang berbeza. Disinilah apa yang aku maksudkan abstrak dan flexible tadi. Kadang2 dalam situasi gawat, regimental system pun mungkin tidak berfunsi dan mungkin dalam kehidupan seharian sistem regimental boleh membantu. Terpulang kepada kebijaksanaan seorang ketua menggunakan style yang mana satu untuk memudahkan kerja beliau. Dalam siri akan datang aku akan cuba membincangkan secara general tentang keperluan yang mesti ada dalam leadership pada pendapat aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tumpang lalu!
Post a Comment