Aku telah membuat penyelidikan secara kasar dalam internet bagi program Master dalam bidang yang aku minati. Setakat ni ada dua buah universiti awam yang menawarkan program tersebut dan kedua2nya kelihatan amat menarik serta bersesuaian dengan minat dan perancangan kemajuan kerjaya aku. Aku lebih berminat dengan Universiti di tengah bandar kerana ianya lebih terkenal dan program yang ditawarkan nampaknya lebih menarik berbanding program Universiti yang hampir dengan rumah aku. Setakat yang aku faham, aku anggarkan yuran pengajian sepenuh masa bagi kedua2 Universiti tersebut adalah dalam RM 10,000. Satu pelaburan yang amat berbaloi. Aku sedang membuat perancangan kewangan bagi mencapai cita2 itu. Aku berharap aku akan dapat membuat Master dalam masa terdekat. Setelah berbincang dengan pakar, aku merasakan aku perlu tunggu sehingga aku disahkan dalam pangkat aku sekarang. Selepas itu baru aku memohon dengan Parent Company bagi mendapatkan penajaan penuh. Back up plan aku pula ialah aku akan mengumpulkan duit sedikit demi sedikit agar jika Parent Company tidak bersetuju memberi penajaan, aku boleh meneruskan pengajian secara part time atau full time dengan perbelanjaan sendiri. Dengan gaji pangkat baru nanti aku rasa aku akan mampu untuk mendapatkan Master yang aku inginkan. Aku juga berdoa agar Parent Company sudi menaja aku. Dengan cara ini beban kewangan aku kurang dan kehidupan aku masih lagi selesa.
Di laman web Universiti berdekatan dengan rumah aku juga aku jumpa tempat repository ilmu yang cukup berharga iaitu e-jurnal dan penerbitan lain dari Universiti tersebut. Ini merupakan salah satu cara untuk aku memperkembangkan ilmu yang sedia ada.
Aku amat bersyukur pada Allah kerana menganugerahkan internet kepada manusia. Walaupun ciptaan manusia tetapi semua ciptaan di bumi adalah milik Allah juga. Dengan adanya internet aku dapat menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat serta ilmu dengan amat mudah sekali. Aku telah jumpa banyak tempat simpanan ilmu seperti penerbitan universiti dan pusat latihan serta ensiklopedia elektronik yang efisien. Ini tak termasuk bahan2 bacaan tentang bidang yang sememangnya menjadi minat aku. Aku berharap segala kemudahan ini akan aku gunakan sebaik2nya bagi mengumpul seberapa banyak ilmu yang boleh agar aku layak menjadi pakar rujuk dalam bidang yang aku rancang nanti. Dan pada masa yang sama mempertingkatkan pemahaman aku dalam bidnag lain agar aku dapat menggunakannya bagi kebaikan Conglomerate.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment