Monday, October 29, 2007

U wanna piece of me BOY!

Aku hari ni kene bertugas diluar jadi mungkin entry ini saja yang dapat aku masukkan hari ni. Takpe masih banyak lagi masa dan banyak lagi cerita yang boleh aku tulis.
Pada hari ni aku nak bercerita tentang hand to hand combat atau street fighting. Bila bincang perkara seperti ini kemungkinan besar kebanyakan pembaca (macamlah ada orang yang baca blog ngarut ni) akan membenci topik ini. Manusia secara amnya tidak suka bergaduh dan tak ramai yang suka belajar tentang seni pertarungan. Tetapi disni aku bukan nak discuss morality atau justification untuk bergaduh. Aku cuma nak bincang dan share pengalaman aku yang tak seberapa.
Aku berminat dengan seni mempertahankan diri sejak kecil, aku dah mula belajar seni silat gayung masa sekolah rendah. Aku cuma sempat belajar asas jer. Bolehlah setakat beberapa jurus. Selepas tu sebelum PMR aku belajar seni silat lincah. Sama jugak cuma asas jer yang aku sempat belajar. Bila aku join boxing team aku belajar cara2 menggunakan tangan sebagai senjata utama. I’m quite proficient in boxing. Selepas tu aku join tentera dan belajar Army Hand to Hand Combat Technique. Lebih merbahaya berbanding kebanyakan seni mempertahankan diri. Seterusnya aku self study berbagai jenis seni mempertahankan diri dan cuba praktis seberapa yang aku termampu.
Basically teknik hand to hand combat aku dipengaruhi terutamanya dengan boxing. Ini kerana pertama aku mendapat pendedahan yang banyak mengenai boxing iaitu aku mendapat kebanyakan skill tempur aku melalui pertandingan tinju. Kedua boxing merupakan latihan standard dalam banyak angkatan tentera seperti Army Rangers, US Marine dan juga angkatan tentera Malaysia. Malah semasa aku dalam tentera juga aku banyak melibatkan diri dalam pertandingan tinju. Ketiga boxing merupakan salah satu teknik tempur paling basic dan paling praktikal dalam pergaduhan terutama sekali close quarter. Tapi ingin aku tegaskan disini, boxing tidak sempurna. Ia masih ada banyak kelemahan dan masih perlu bagi seseorang combatant mempelajarai beberapa teknik lain untuk memperbaikinya. Berdasarkan pemerhatian aku terhadap beberapa seni mempertahankan diri serta teknik yang digunakan dalam tentera, aku mengubahsuai standard boxing technique aku dan aku adapt beberapa teknik dari muay thai, karate, judo (ye judo pun ada teknik serangan) dan taekwondo ke dalam program hand to hand combat training aku. Antara yang aku adapt ialah penggunaan chin jab (atau dikenali sebagai tiger palm bagi sesetengah seni mempertahankan diri cina), siku, back fist dan knife hand (karate chop bagi laymans). Aku juga incorporate blocking techniques dari pelbagai seni mempertahankan diri. Tetapi fundamentals dalam boxing ialah bukan menangkis serangan tapi mengelak. Jadi bagi defensive manuver aku lebih tumpukan pada bob and weave serta slide.
Dari atas didapati aku menumpukan sangat latihan aku kepada penggunaan tangan. Ini kerana aku berpegang pada prinsip utama dalam hand to hand combat tentera serta beberapa seni mempertahankan diri kuno seperti judo bahawa penggunaan kaki sebagai senjata utama adalah kurang wajar (bukan tak boleh dan aku tak mengatakan seni mepertahankan diri yang menggunakan kaki sebagai senjata utama tidak efektif) kerana seorang combatant memerlukan stability untuk execute manuver sama ada serangan dan juga balingan. Aku ada melatih penggunaan kaki sebagai senjata tetapi akan dibincangkan dalam paragraph yang seterusnya. Aku juga ada melatih diri aku menggunakan choke dan throw. Sebenarnya choke dan throw adalah teknik utama untuk menghabiskan musuh berbanding dengan strike. Cuma strike merupakan intipati utama pergaduhan. Yelah secara logiknya mana ada orang terus grab musuh dan baling. Mestilah nak tumbuk dan tendang dulu kan. Lepas mamat tu pening barulah baling atau cekik sampai mati. Aku cuma practice 3 throw utama dalam judo. Throw ni adalah yang paling simple dan boleh execute dengan latihan yang minima. Basically yang aku ingat ialah leg sweep dan hip throw. Yang satu lagi dah lupa nama. Bagi choke aku practice standard collar choke, lapel choke, guillotine (entah betul ke tidak aku eja ni) dan arm choke (macam dalam wrestling tu). Choke and throw tak ambik banyak masa untuk latih jadi aku boleh tumpu pada strike.
Berkenaan teknik kaki pula, aku menggunakan tiga tendangan utama sahaja iaitu front kick, side kick dan roundhouse kick. Target tendangan aku primarily adalah kawasan rendah seperti shin, lutut, thigh (inner dan outer), groin dan lain2. Aku ada jugak latih tendang kawasan perut dan kidney menggunakan roundhouse kick dan side kick. Tujuan aku target rendah ada dua. Pertama, untuk memastikan kestabilan aku semasa menyerang dengan kaki tidak hilang dan boleh dieksploitasi oleh musuh. Kedua, target tersebut merupakan kawasan paling lemah dan paling susah nak defend. Tujuan lain yang tak berapa kukuh hujahnya ialah tendangan ke kawasan rendah susah nak dilihat oleh musuh. Takde bukti jadi takleh nak pakai sangat. Tujuan aku menggunakan basic kicks dan tak pakai semua teknik yang dalam movie adalah kerana berbalik pada Army Hand To Hand Combat Technique principles, jangan membelakangi musuh anda. Basic kicks are executed while you are facing the enemy. Fancy kicks will expose your backs to your enemy. Fancy kicks juga agak susah nak buat dan boleh menghilangkan stability. Ini memberi peluang kepada musuh untuk mengekploitasi dan menghapuskan kita.
Selain dari teknik aku juga mengamalkan beberapa prinsip asas yang digariskan dalam Army Hand To Hand Combat yang aku rasakan amat praktikal dalam self defense dan street fighting;
Do not expose your back
Keep ur center of gravity low and your body stabilised
Use anything around u as weapons when necessary (sand, sticks, rock or anything)
Prepare ur mind that ur going to survive the fight n u’ll do anything to survive. Be determined to destroy ur enemy (if ur in combat n ur a soldier)
Hit fast and hit hard. Hit the main target that gives immense pain and inflict major injury
Finish the fight as soon as possible (means don’t be a show off)
There alot of other things in this topic I would like to write but I think I’ll continue next time.

No comments: