Friday, October 26, 2007

Second Entry

Hari ni separuh hari dah dihabiskan dengan mesyuarat yang membosankan. Perkara2 seperti inilah yang menyebabkan aku makin bersemangat nak buat Master ni. Walaupun aku mungkin rugi dari segi duit tapi dari segi jangka panjang aku untung jugak. Tapi kalau dapat biasiswa Parent Company dan dibayar gaji penuh sekali lagi aku suka. Bolehlah relax sikit financial aku. Aku telah mula bermain politik mulai sekarang. Aku membodek semua orang di pejabat agar aku dapat pelbagai kemudahan. Pada masa yang sama aku juga cuba untuk tidak menolak kerja agar aku dapat belajar dan rajin menyumbangkan sesuatu walaupun pada dasarnya aku tak berapa suka dengan kerja yang diberikan. Sekurang2 nya aku cuba buat kerja2 itu seberapa baik yang aku mampu dan harap2 hasilnya memuaskan.
Aku membaca blog2 yang ditulis oleh member2 seperjawatan aku di subsidiary lain. Nampaknya mereka agak seronok dengan posting masing2. Keseronokan itu tidak semestinya kerana beban kerja yang kurang atau kerja yang mudah tetapi kerana ramai kawan2 seperjuangan bersama dan perkara yang dibuat adalah yang diminati. Aku pula keseorangan disini. Nasib baik aku antara yang paling senior dari segi jawatan klu tak mesti aku dibuli dengan teruk. Aura ketidakpuashatian terpampang pada wajah org2 lama disini tapi aku buat tak kisah jer. Gasak diorglah. Janji buat jer keje masing2.

No comments: