Hari ini sekali lagi aku akan bertugas diluar. Aku akan menghadiri majlis raya kat HQ. Dulu aku merupakan salah seorang perancang majlis tersebut. Sekarang aku hadir sebagai jemputan sahaja. Hmmmmm!!!!
Aku sekarang dalam dilema, adakah aku patut minta bertukar sekarang atau patut aku tunggu sekurang2nya setahun? Separuh dari hati aku kata tahanlah sampai setahun untuk dapatkan pengalaman dan belajar apa yang patut. Separuh lagi suruh aku mintak transfer keluar dari Company dan pergi ke subsidiary yang lain. Aku berminat dengan company yang menguruskan keselamatan konglomerat. Ataupun yang menguruskan sumber manusia bagi keseluruhan subsidary. Macam manalah nak buat keputusan ni. Mungkin aku kene buat solat sunat istikharah. Mintak petunjuk dari divine power.
Sebenarnya aku nak tulis mengenai tactics dalam blog kali ini. Tactics yang akan dibincangkan akan berkisar pada tentera Mongolia zaman Ghenghis Khan. Secara amnya pada zaman tersebut kebanyakan tentera di sebelah barat (Eropah) merupakan angkatan tentera yang tidak professional dan Cuma beberapa knights dan man-at-arms sahaja yang mendapat latihan ketenteraan yang mencukupi. Sebahagian besar merupakan peasant army yang digunakan sebagai pasukan sukarela dan ini menyebabkan pasukan tentera Eropah amat mudah kalah dengan tentera Mongol. Tentera Eropah pula amat menumpukan pada peralatan yang berat seperti armour pada badan dan kuda knights. Ini menambahkan lagi beban angkatan tentera mereka dan menjadikan mereka sasaran panah tentera Mongol yang tepat dan pantas. On Mongolian side, tentera Mongol mendapat latihan yang mencukupi melalui acara perburuan tahunan yang dianjurkan oleh panglima2 mereka. Ini membantu memperkuatkan setiakawan dan kerjasama berpasukan (esprit de corp). Ia juga meningkatkan koordinasi dan membantu dalam memperkembangkan taktik kumpulan. Tentera Mongolia juga sentiasa mengamalkan travel light, hanya membawa peralatan yang perlu dalam pertempuran dan sentiasa dalam keadaan yang mobile. Ia menyusahakan pasukan musuh untuk memusnahkan unit mereka.
Semasa bertempur dengan China, tentera Mongolia menggunakan teknologi yang diperolehi semasa menyerang negara2 berdekatan bagi memenangi peperangan. Antara teknologi yang digunakan ialah siege engine seperti mangonel dan trebuchet. Tentera Mongol akan membawa dan merekrut pakar persenjataan dari bangsa lain bagi menyedia dan mengoperasikan peralatan tempur ini. Selain itu tentera Mongol menggunakan taktik kejam seperti menghapuskan seluruh kampung, membakar kampung dan menghantar utusan yang terdiri dari survivor serangan ke kampung lain bagi menakutkan dan melemahkan mental musuh. Terdapat banyak juga kampung yang menyerah tanpa melawan tentera Mongol kerana perang psikologi ini.
Salah satu perkara yang amat menarik tentang tentera Mongol ialah cara mereka melayan ketua dan cara leadership yang diamalkan panglima2 Mongol. Panglima2 Mongol merupakan integral part dalam pertempuran. Anggota tentera mereka amat menghargai dan menjaga mereka. Malah pernah dikatakan bahawa ketika Ghenghis telah tua dia akan dibawa menaiki cart ke sekeliling kawasan pertempuran oleh anak2 buahnya. Dan mereka melakukan dengan perasaan seronok dan gembira kerana amat menghormati ketua mereka. Panglima2 Mongol memberikan full authority bagi anggota bawahan menggunakan inovasi dan inisiatif sendiri dalam pertempuran. Sama seperti yang diamalkan dalam pasukan khusus zaman sekarang. Dengan ini operasi2 dapat dijalankan dengan mudah dan pantas serta contingency plan boleh dilaksanakan dengan mudah. Para panglima cuma memberikan general idea bagaimana peperangan itu akan berlaku. Ini juga akan membantu menjaga keselamatan para panglima. Dengan kurang mendedahkan para panglima di medan perang, dapat mengelakkan kematian aset2 yang bernilai ini. Setakat ini dulu pelajaran taktik tentera Mongol. Akan disambung di kelapangan lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment