Thursday, October 25, 2007

Just Do It Brother

Sehari lagi settle kat pejabat yang tak seberapa ini. Walaupun kerja2 yang diberikan bagi aku tak bermakna tapi aku gagahkan juga untuk settlekan setakat termampu. Aku tau kadang2 yang aku rasakan terbaik belum tentu yang terbaik bagi org lain tapi at least pada hati aku aku tau aku dah cuba all out. Semua jemputan majlis yang akan diadakan telah selesai disediakan dan akan dihantar pada awal pagi esok. Manakala bagi team sambutan pula telah dibantu oleh unit pentadbiran. Aku sekarang sedang risaukan program promosi yang bernilai RM 15000 yang perlu aku settlekan segera kerana jika peruntukan itu tidak digunakan, prestasi kewangan Company akan mengalami masalah besar. Masalahnya aku pun pening mana nak buat program itu dan bagaimana nak attract client untuk datang ke program tersebut memandangkan client base yang disasarkan masih muda. Entahlah aku akan cuba yang terbaik dan seperti mana yang aku pernah belajar dahulu, janji buat. Buat sajalah macam mana sekalipun.
Aku dah contact kawan kat HR Parent Company bagi mendapatkan maklumat berkenaan penajaan bagi membuat Master. Dari nasihat kawan aku ni, aku kene pastikan pinjaman pelajaran lama aku sentiasa aktif dibayar dan mungkin aku akan dapat. Beliau juga ada mencadangkan agar aku meminta cuti belajar bergaji penuh untuk menyambung pelajaran dan itu lebih mudah untuk mendapatkan kelulusan. Aku ada juga terfikir begitu. Sekurang2nya aku tak terlalu tertekan dengan kerja. Dia juga memaklumkan seniority aku juga tidak akan terjejas jika aku menggunakan cara ini. Harapnya dengan adanya Master ini aku akan lebih diiktiraf sebagai seorang penganalisa dan mungkin dapat meletakkan aku dalam team think tank Parent Company. Berdasarkan keputusan exam dan kecenderungan aku sendiri pun nampak sebenarnya aku ni jenis ulat buku dan seorang researcher. Mungkin aku tak layak dan tak mampu nak buat scientific research tapi mungkin dalam bidang ekonomi, pertahanan, dan perhubungan antarabangsa aku mampu buat jika aku bekerja keras. Aku juga bercadang nak memiliki doctorate walaupun dalam bidang apa sekalipun. Dengan adanya doctorate aku telak melayakkan diri aku untuk menjadi pakar rujuk dalam bidang aku minat dan pada masa yang sama boleh menjadi kebanggaan semua orang yang rapat dengan aku. Mungkin apa yang aku rancangkan ini far fetched bagi kebanyakan orang tapi aku punya prinsip ialah cuba setakat mana yang boleh dan jangan give up. Aku pernah cuba untuk jadi paratrooper dan gagal. Tapi aku tak pernah malu. At least bila bersembang dengan kawan2 seperjuangan aku akan cakap aku dah cuba sekurang2nya.

No comments: