Tuesday, October 23, 2007
F.R.I.E.N.D.S
Aku nak tulis sedikit pasal kawan2 aku. Sejak kecil aku beranggapan orang yang ramai kawan adalah orang yang paling best dalam dunia. Mana tak semua tempat pergi ada orang yang kau kenal. Anggapan aku tentang perkara ini masih tidak pernah berubah. Cuma mungkin dari segi definisi kawan tu yang berubah. Bagi aku yang penting kene ramai ialah orang yang digelar kawan. Tapi ada beberapa orang dalam hidup kita yang kita gelar ‘kawan’ atau member tapi mereka lebih bernilai dari itu, malah sama nilainya dengan adik beradik sendiri. These people I call bros. Bukan senang untuk org rapat dengan aku dan bukan senang untuk org aku gelar bro. Masalah utama aku ialah nak mencari org yang bukan sahaja sanggup kawan dengan aku tapi juga sanggup tahan perangai aku yang memang amat menyakitkan hati. Sebab tu aku pernah bagitau seseorang bahawa sesiapa yang menjadi bro aku sememangnya manusia yang hebat dan paling berkualiti yang aku pernah kenal. Aku tak ramai bro dalam hidup aku. Kat kampung aku ada 5 orang manusia unggul yang aku panggil bro. Manakala kat HQ ada 2 org jer. Yang lain tu semuanya kawan politik aku. Yang dipergunakan untuk kepentingan sahaja. Cuma 7 org ni jer yang betul2 bermakna dalam hidup aku. Org2 yg aku sanggup korbankan apa sahaja untuk bantu. Aku pernah bagitau seorang dpd mereka, klu bro aku dalam bahaya wlu mcmmana aku tak mampu pun aku akan cuba selamatkan. Contoh yang aku berikan ialah klu ada bro aku yang lemas, wlupn aku tak terror berenang aku tetap akan terjun selamatkan dia tapi dengan pelampung dan tali yang mencukupilah. Dah tak reti berenang kenelah sediakan back up. Begitu juga dalam apa2 situasi yang lain. Aku akan sentiasa sedia untuk membantu mana2 bro aku kerana aku tau mereka akan bantu aku dengan apa cara sekalipun bila aku dalam masalah. Kadang2 aku secara tak sengaja menyakitkan hati bros aku ni. Mungkin kerana mulut aku yang suka cakap direct dan kerana perangai aku yang manjang over kalah Ogy Ahmad Daud. Tapi setakat ni wlu mcm mana diorg terasa hati seklipun akhirnya diorg masih ada disisi aku. Aku teringat pepatah Afghanistan dalam cerita RAMBO III, buat apa hantar 1000 kambing lebih baik hantar 5 ekor singa. My bros are more than just ordinary lions, they transcend the definition of lions. This is my TRIBUTE TO MY BLOOD BROTHERS!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment