Satu hari yang membosankan lagi di pejabat. Membosankan kerana selalunya pada awal pagi ini aku akan keluar bersama bro aku kat HQ ke bangunan pejabat yang berdekatan untuk minum pagi sambil mengusha awek. Tapi sekarang aku cuma lepak kat pejabat, settlekan semua kerja dan berharap hari akan habis dengan segera. Untuk membazirkan sedikit masa aku tadi aku cuba buat IQ test yang tersedia di internet. Aku dapat score 131. Slightly above average. Memang betul jugak sangkaan aku, bukan berkenaan score, tetapi berkenaan analisis dari IQ test tadi. Ia memaklumkan aku bahawa aku seorang insightful linguist dan mempunyai keupayaan dalam bidang penulisan, perucapan awam, debat dan syarahan. Mungkin itu salah satu faktor utama aku dalam mendapat jawatan ini dan sudah tentu akan amat mempengaruhi peningkatan kerjaya aku. Aku bersyukur dengan apa saja anugerah yang Allah berikan dan aku akan cuba untuk mempertingkatkan dan menggunakannya untuk kebaikan. Mungkin aku akan postkan laporan ringkas itu di blog ini untuk tatapan yang berkenaan. It is always good to have second and third opinion in this matter.
Antara isu yang dikupas dalam laporan IQ itu ialah cara seseorang itu didik dan pelbagai lagi isu latihan dan pendidikan. Sebenarnya IQ manusia memang boleh meningkat terutama sekali individu yang sentiasa mencuba memperbaiki diri masing – masing. Kita boleh wujudkan pelbagai jenis soalan untuk mengukur kebijaksanaan manusia. Dan manusia yang sentiasa berusaha memperbaiki diri akan boleh melepasi dan menyelesaikan semua soalan tersebut dengan latihan dan pengalaman yang mencukupi. Usaha yang gigih mungkin tidak dapat menyamai bakat yang semulajadi wujud dalam diri seseorang yang disaingi tetapi dengan usaha yang gigih dan kecekalan hati seseorang itu boleh memberi ancaman kepada pesaing yang sememangnya berbakat. Ini cuma pendapat aku berdasarkan pemerhatian dan analisis aku yang kasar. Oleh itu aku merasakan meletakkan keupayaan diri semata2 atas bakat sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan usaha. Dan manusia yang tidak berbakat boleh melatih diri mereka ke tahap yang tinggi dan membanggakan. Dan walaupun mungkin tidak menjadi top of the class, masih boleh menjadi seseorang yang boleh diharapkan bila push comes to shove.
Sekarang ni aku meletakkan diri aku dalam kategori yang tidak berbakat. Sememangnya aku tidak mepunyai apa2 bakat yang boleh dijadikan kebanggaan dan kayu ukur untuk kejayaan. Aku sememangnya seorang average joe sejati. Tetapi itu bukan bermakna aku akan menyerahkan segala2nya kepada keadaan. Sekarang ni aku sedang mempertingkatkan usaha dalam memperbaiki diri aku. Aku cuba mempelajari kekuatan dan kelemahan diri aku. Kekuatan aku diekploitasikan semaksimum mungkin bagi aku mendapat leverage yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya aku. Kelemahan aku yang sedia ada dianalisis dan diperbaiki dengan latihan dan pembelajaran berterusan. Walaupun aku mungkin ambil masa yang lama dan tidak sempurna, tetapi aku akan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan diri. Kelemahan aku akan menjadi salah satu kekuatan aku walaupun bukan kekuatan yang utama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment