Wednesday, October 3, 2007
Pengenalan
Sepatutnya ini posting pertama aku dalam blog ni tapi tak kisahlah janji aku tulis secara berterusan. Aku buat blog ni pun sekadar suka – suka dan tempat untuk aku meluahkan perasaan. Blog ni pun aku rasa cuma kawan2 aku yang betul2 rapat ngan aku jer akan tahu. Seperti sebelum ni aku telah berpindah pejabat. Syarikat aku kat HQ dah create pejabat baru kat KL. Jadi aku terpaksa berpindah memandang masih ada jawatan kosong kat sini. Walaupun jawatan ni jawatan kenaikan pangkat, tapi aku masih rindu pejabat lama coz banyak kenangan indah aku disana. Lagipun satu2 nya kawan yang paling rapat ngan aku dalam company ni ada kat sana. Sebelum ni rumah aku dalam 15 minit jer dari pejabat. Aku boleh balik lambat dan buat mcm2 program seperti gymming (exercise kat gym) dan lain2 aktiviti kurang sihat. Sekarang ni aku kena naik train nak pergi balik keje dan selalu sampai umah lambat. Bulan pose ni memang takde chance lah nak lepak ngan member. Ada jugak kebaikan aku berpindah pejabat. Aku akan ceritakan dalam posting selanjutnya. Aku ada meeting urgent.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment