Tuesday, October 30, 2007

Rafting Kecil

Semalam aku pergi bertugas diluar kerana ada function khas dan aku mewakili Pengarah Urusan aku. Di sana aku berjumpa dengan kawan aku yang menguruskan pejabat di JB. Dia juga menjalankan tugas promosi dan kempen seperti aku juga. Banyak jugak benda yang disembangkan seperti kenaikan gaji pangkat baru, pengesahan di dalam jawatan baru serta tidak dilupakan keseronokan bekerja di cawangan negeri. Dia dapat membaca bahawa aku tidak berapa gembira dengan kerja di cawangan negeri. Sebenarnya bukan tempat yang tidak menggembirakan tetapi mungkin kerja2 yang dilakukan kurang menarik dan tidak sesuai dengan aku. Dia menyatakan bahawa dia seronok dan boleh menyesuaikan diri. Dan pada masa yang sama dia juga memahami yang aku sesuai untuk kerja paper work dan policy making. Pandai jugak dia teka. Walaupun kami tak rapat sangat tapi dia boleh agak. Patut aku kawin dengan dia dulu kot (tau kat bini aku mampus).
Selepas tu kami berbincang tentang nak buat Master dan tempat nak buat. Aku memilih local U kerana nak mudah dari pelbagai segi. Dia nak memilih pergi ke Jepun. Aku rasa itu terpulanglah pada dia. Dia tau aku akan membuat Master dalam bidang yang tak ramai dikalangan kami akan ambil. Aku menceritakan padanya bahawa aku bercadang nak specialise dalam bidang tersbut agar aku boleh join think tank Parent Company dalam perkara2 strategic. Aku tau dia dan beberapa orang kawan2 satu intake dengan aku berminat nak memajukan kerjaya ke peringkat tertinggi dan akan menggunakan apa2 teknik untuk berjaya. Aku pula lebih berminat untuk memajukan kepakaran dan menjadi seorang perunding dalam bidang yang aku minat. Seperti yang aku katakan kepada bro aku di HQ, target aku ialah untuk menjadi Dr. Jack Ryan (dari novel Tom Clancy) Malaysia.

No comments: