Wednesday, October 24, 2007

Pembebelan

Untuk pertama kalinya dalam bulan ni sejak aku mula kerja aku agak sibuk,itu pun kerana jamuan hari raya pejabat. Nilah dia kerja2 bodoh dalam Company ni yang buat ramai orang sakit hati. Aku dari dulu sampai sekarang akan buat kerja2 bodoh macam ni jerlah. Memanglah sedap makan dan kerja sebenarnya tak berat tapi aku terasa yang macam bangang sangat aku ni. Aku sedar dari segi field work mungkin aku lemah. Selain itu aku juga lemah dalam bab event management seperti mana yang aku tuliskan dalam blog sebelum ni. Aku rasa sebenarnya aku mungkin berminat dudk kat opis buat research dan membaca jer. Walupun mungkin secara amnya aku nampak bukan macam tu tetapi sejak aku start keje kat cni dah beratus buah buku aku baca. Itu tak termasuk e-journal yang aku baca secara berkala seminggu sekali dan macam 2 bahan lain yang aku download dan baca. Malah aku juga suka menginterpretasi maklumat yang aku dah cernakan kepada bros aku walaupun pada dasarnya mereka bukan berminat nak mendengar pun. Mungkin specialisation aku kearah keselamatan dan pertahanan jadi aku sebenarnya berminat nak menjadi analyst bagi defense and security wing of the Conglomerate. Entahlah aku pun tak tau nak cakap apa lagi. Sekarang ni aku sedang berusaha melobi HR Parent Company untuk sponsor aku buat Master dan Ph. D coz seriously aku dah memang malas nak buat kerja yang aku buat sekarang kerana aku memang takkan pergi kemana pun macam ni.

No comments: